::kekuatan itu milik kita bile...::

salam semua yg sy syg....:)

semoga diri sy dan anda sentiasa dlm lindungan rahmatNya.. aminn...

kekuatan......hmm..

kekuatan itu amat dekat dengan kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan hati kita pda ketuhanan..

kerana disitu titik kekuatan yg plg tinggi..... kembali pd Allah...

kekuatan itu milik kita... bile kita yakin Allah sentiasa dengan kita...

bialah kalau memg tiada yg memyayngi kita didunia tp jgn smpai kasih syg Allah yg jauh dari kita...:(

kasih syg manusia tidak berpanjangan... ada masa semua nya berubah, ada masa apa yg kita harap xseindah yg kita lalui...

tapi kasih syg Allah.. luas. xterbatas.

anda tau? sy meminta sesuatu supy dibukti.. alhmdulillh.. Allah tunjuk kn untuk sy.. supya keputusan yg plg bijak harus sy ambil....

anda pun mesti pnh mcm sy kan?

kita memohon agar Allah bantu kita membuat keputusan yg besr dlm kehipdn kita..

dlm kita sdr atau x, bantuanNya telah smpai kpd kita... kerana Dia mendengar rintihan hambaNya...

meskipun pandangan mata ksr kita terbatas untuk melihatNya, tp mata hati kita boleh merasai nikmat kasih sayangNya...

sesungguhnya.. kasih syangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya.....

dugaan ini datang kerana saya mampu kan?:'(

kerana Allah tahu fathiyah mampu lalui semua ni... dan fathiyah perlu tahu yg dia xbeseorangan dlm hal ni...



>>>Allah itu ada, dekat dimata hati, akrab didlm diri<<<


salam syg..

~tieya~

:: syaitan itu apa ke siapa??::

salam buat anda yg saya syg...:)

hmm.. anda nk tahu kenapa saya wse terpanggil nk ckp tntg 'syaitan'??

knp eyh...? hmm.. ad sebab.. tp sy wse xperlu untuk sy ckp kat cni kan.. cukuplah ia menjadi rahsia..

sy wse sy bole kata syaitan itu xsemestinya kite xnampk..........hmm...

dan syaitan itu xsemestinya burok rupa nyer............

zaman sekrg.. zmn sume org nk jd lebih dr sekadar hamba Allah.... last2 jd syaitan... tol x?

jd pd zmn moden ni, syaitan da x kerja keras sgt mcm dulu2 da tau.. dorg ada cara, strategi baaaiiiikk punyeeeerrrr....!!!!

skrg da ad konco2 yg dari kalangan manusia.......

manusia sendiri menjadi penghasut, menjadi musuh pd org laen dan juga diri sendiri........

manusia sesama manusia yg mengajak kearah benda buruk... kearah benda x elok........

iyea syaiton sebenar ada lagii.... top dorg skrg juz supervised jeer..... byk relex da skrg......

kenapa saya kt gni?? xpercaya?

org kate kite cop org jht bile kite kte dorg mcm ni kan.... ummm... tp knp sms kite nk wat bda2 2 kite x wse pun diri kite 2 yg kurg.. smpy org boleh kate g2.....hmmm..

apa yg kite buat dlm hidup ni.. itulah yg org akn nilai..... permata kah kite.. ke butiran pasir yg bakal di tiup angin....

saya bukan teramat baik untuk menegur... tp ingatan ini untuk saya.. untuk anda.. kerana sayangnya saya pada anda.... yg semuanya saudara saya...:)...

saya pun ada kekurangan, jahatnya... sama je kite... tp Ya Allah... datangkanlah wse ingin mencari sesuatu yg kite mesti berusaha untuk dapat....>>> CiNtA iLaHi<<




>>>Allah itu ada, dekat dimata hati, akrab didlm diri<<<



saya syg semua org:),

~tieya~


::kenapa kite sukee sgt2 bertangguh kerja??::

salam buat anda yg saya syg....

baru 2,3 hari sy xberblog..rindu plak..(erk..rindu ke addicted??hihi)....

xpe.. kata org..lau syg or rindu, tinggal2kan... kan2?..hihi...

ok... tentang tjuk diatas... ini antara yg sy slalu buat akhir2 ni lah..huu~.. tieya da berubah... uwaaa...hmmm....

anda mcm sy x?? anda suke tangguh kerja jugaak?? OMG!... sama la kite...

tp kan.. sy wse kite kene berubah.. kite xboleh mcm ni....

tapi kenapa?? por keeey??:)

kerana:

pepatah arab ada kate: bertangguh itu pencuri masa..

betul waakk.. makin kita tangguh.. ms makin suntuk tp keje xsiap2 jugakk..hmm...

kalau kite kembali kpd apa yg Allah kate dlm al-Quran tentang masa---->


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
  1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
  2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
  3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
  4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa Ta'ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa?

Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.

Melalui tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang bagaimana mengurus masa secara efisyen. Ia amat mudah, hanya terdiri dari lima langkah. Ia amat ringkas, hanya memerlukan lima belas minit dari masa anda. Akan tetapi ia amat penting, penentu sama ada anda menjadi orang yang beruntung atau rugi.

Langkah # 1: Menyedari Bahawa Masa Adalah Tetap.

Berhenti sekejap dan lihat kepada jam anda. Sama ada jam tangan, jam talifon bimbit atau jam di dinding. Sama ada jam yang menggunakan jarum atau angka digital. Terdapat pelbagai jenis jam dan pelbagai jenis reka bentuk, dengan kepelbagaian yang tidak mampu kita hitung. Akan tetapi dalam kepelbagaian tersebut, terdapat sesuatu yang sama, sesuatu yang tetap. Iaitu, 60 saat = 1 minit, 60 minit = 1 jam dan 24 jam = 1 hari.

Formula di atas tidak dapat diubah atau diperlahankan. Kita tidak boleh mengubah agar dalam satu hari ada 30 jam. Kita tidak boleh memperlahankan agar 100 saat menjadi satu minit. Ringkasnya, masa adalah sesuatu yang tetap. Lalu bagaimanakah kita hendak melebihkan masa supaya dapat mencapai keempat-empat tuntutan dari surah al-‘Ashr?

Jawapannya, kita tidak boleh melebihkan masa kerana ia adalah tetap. Sebaliknya kita boleh ubah perkara-perkara yang kita lakukan kerana ia tidak tetap. Salah satu sebab utama orang menghadapi masalah keterbatasan masa ialah kerana mereka melakukan terlalu banyak perkara. Sikap inilah yang perlu diubah, dari melakukan banyak perkara kepada melakukan hanya beberapa perkara.

Sebagai contoh, seorang pelajar pusat pengajian tinggi mungkin melakukan perkara-perkara berikut sehingga menghadapi keterbatasan masa:

  1. Belajar jurusan yang diambil.
  2. Menyertai sesi latihan Kick Boxing setiap petang, dua kali seminggu.
  3. Menyertai kelab bahasa Inggeris.
  4. Menyertai pasukan sukarelawan menziarahi rumah orang kurang upaya setiap hari Ahad.
  5. Ahli panel rekabentuk grafik untuk risalah bulanan fakulti yang diterbitkan setiap bulan.
  6. Bermain untuk pasukan badminton asrama.
  7. Menghadiri kuliah-kuliah agama yang dianjurkan oleh masjid di kampus setiap hari.
  8. Menganjurkan usrah untuk pelajar-pelajar yang baru masuk ke kampus setiap malam Jumaat.
  9. Menjadi wakil penjual kad tambah nilai talifon bimbit untuk syarikat 015-xxx xxxx.

Perkara-perkara di atas hendaklah diubah dan dikurangkan, umpama:

  1. Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
  2. Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
  3. Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
  4. Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.

Kenyataan saya di atas mungkin memeranjatkan. Bukankah lagi banyak yang dilakukan, lebih baik dan berjaya seseorang itu? Saya berkata, kenyataan tersebut sekali pun masyhur, perlu dipertimbangkan semula. Banyak tidak semestinya berjaya, sedikit tidak semestinya gagal.

Ingat! Masa adalah tetap. Melakukan banyak perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan tidak mencapai kualiti yang terbaik. Malah adakalanya cukup syarat sahaja. Semua ini akhirnya melahirkan perasaan tidak puas hati, kekecewaan dan kehilangan motivasi. Sebaliknya melakukan beberapa perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan mencapai kualiti yang baik. Ini akhirnya melahirkan perasaan kesyukuran, puas hati dan motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Langkah # 2: Fokus Dan Prioriti, Bukan Rambang Dan Suka Hati.

Sebab kedua yang menyebabkan keterbatasan masa adalah sikap melakukan perkara-perkara secara rambang dan suka hati, tidak secara fokus dan berprioriti. Ditegaskan bahawa individu muslim yang berjaya bukanlah seorang yang melakukan banyak perkara, tetapi adalah seorang yang melakukan beberapa perkara dan dia melakukannya secara fokus dan berprioriti.

Fokus maksudnya memberi tumpuan kepada sesuatu perkara secara mendalam sehingga menguasainya secara luas. Prioriti maksudnya menimbang sesuatu perkara, sama ada patut didahulukan atau dikemudiankan, sama ada patut dipertamakan atau diletakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.

Sebagai contoh, menuntut ilmu agama hendaklah difokuskan kepada aqidah kerana aqidah yang sahih lagi kukuh menjamin kejayaan seorang muslim di dunia dan akhirat. Menuntut ilmu agama hendaklah diberi prioriti kerana seseorang yang memahami Islam secara benar akan menjadi individu yang berjaya, bukan sahaja dari sudut agama tetapi juga dari sudut pembelajaran, kerjaya dan motivasi diri.

Memberi fokus dan prioriti kerana ilmu agama tidak bererti mengabaikan ilmu duniawi. Seorang muslim yang memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh serta kefahaman Islam yang benar akan mengetahui bahawa Islam amat menuntut agar dia menjadi seorang yang profesional dalam urusan duniawi. Dia mengetahui firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.

Dan katakanlah: “Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia (Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” [al-Taubah 9:105]

Dia mengetahui sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ.

Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.2

Firman Allah yang bermaksud “Beramallah kamu…” adalah fi‘il amr yang berupa satu perintah. Ini menunjukkan kewajipan untuk kita beramal. Sementara perkataan “amal” bukanlah terhad kepada solat, puasa dan zikir tetapi meliputi semua aktiviti yang selari dengan Islam termasuk menuntut ilmu duniawi dan berkerja dalam jurusan duniawi. Sesiapa yang berpendapat perkataan amal hanyalah solat, puasa dan zikir, bererti dia masih berpegang kepada kefahaman sekularisme yang memisahkan antara agama dan dunia.

Menyentuh tentang sekularisme, fahaman ini telah banyak mempengaruhi umat Islam pada masa kini. Di satu sudut kita akan temui orang yang hanya memberi tumpuan kepada agama hingga mengabaikan dunia. Di sudut yang lain kita temui pula orang yang hanya memberi tumpuan kepada dunia sehingga mengabaikan agama. Amat sedikit untuk ditemui orang yang memberi tumpuan kepada agama dan dunia sehingga mencapai kecemerlangan dalam kedua-duanya.

Seterusnya amal tersebut kita lakukan sebaik mungkin, sesempurna mungkin. Ini kerana dari sudut aqidah, kita mengetahui bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat apa yang kita lakukan. Seolah-olah, Allah dan Rasulullah hadir mengawasi apa yang sedang kita lakukan. Kemudian di Hari Akhirat kelak …(Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” Sudah tentu semua ini akan menyebabkan kita malu untuk melakukannya secara enteng atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya kita akan melakukannya sesempurna mungkin kerana: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.”

Oleh itu, langkah kedua dalam mengurus masa ialah memberi fokus dan prioriti dalam beberapa perkara yang dilakukan sehingga setiap detikan saat memiliki nilai dan manfaat. Keberadaan masa yang sentiasa tetap menyebabkan kita tidak mampu untuk mensia-siakannya dengan sikap yang rambang dan suka hati.

Langkah # 3: Menyedari Bahawa Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

Sekali lagi saya ingin meminta para pembaca merenung kepada jam. Perhatikan bahawa ia sentiasa bergerak. Jika ia terhenti kerana kehabisan bateri atau kerana anda menghentikannya, jam-jam yang lain tetap bergerak. Semua ini mengarah kepada satu kesedaran yang amat penting, iaitu masa tidak menunggu sesiapa.

Saya yakin semua orang tahu akan hakikat ini. Akan tetapi kadangkala kita melakukan perkara-perkara yang memberi gambaran seolah-olah masa menunggu kita. Seolah-olah masa berhenti sementara bagi membolehkan kita melakukan perkara-perkara tersebut. Apakah perkara-perkara yang saya maksudkan itu? Berikut saya kemukakan beberapa contoh:

  1. Menyambung tidur selepas solat Subuh pada hari cuti. Jika hari Isnin hingga Jumaat bangun pukul 5.45 pagi, solat Subuh berjamaah dan terus ke kuliah atau pejabat, maka pada hari cuti bangun dilewatkan hingga pukul 8 atau 9 pagi. Ada juga yang melanjutkannya hingga siang hari.
  2. Meluangkan masa antara 1 hingga 2 jam membaca surat khabar.
  3. Menonton orang lain bersukan, seperti menonton perlawanan bola sepak, futsal, hoki, tenis dan sebagainya.
  4. Beriktikaf di hadapan kaca TV, purata antara 1 hingga 3 jam setiap hari.
  5. Keluar makan bersama rakan-rakan dengan tempoh yang lama, purata antara 1 hingga 2 jam.

Contoh-contoh di atas adalah segelintir dari sekian banyak perkara yang kita lakukan yang sebenarnya merupakan satu kesia-siaan masa. Istilah seerti baginya ialah pembaziran masa dan pembaziran, sama ada melibatkan masa, wang, kesihatan, pemikiran dan perbuatan, adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya menjadi ciri-ciri seorang muslim. Ini kerana:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ.

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27]

Di sini saya tidak bermaksud untuk menyuruh para pembaca sekalian mengabaikan perkara-perkara di atas. Jika anda ingin tidur lebih untuk merehatkan minda dan tubuh pada hari cuti, lakukanlah ia pada waktu siang dan bukan pada waktu pagi. Waktu pagi adalah saat yang penuh keberkatan untuk kita lakukan aktiviti yang bermanfaat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.

Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.3

Ada pun waktu siang, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:

قِيْلُوْا، فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.

Tidurlah (sebentar) pada siang hari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.4



(source: http://hafizfirdaus.com/content/view/17/80/)
-ini yg ingin sy kongsi kan..untuk saya dan untuk anda juga-
-ada byk juga yg baru saya tahu, kalau anda semua ada kelapangan--sila lah ke web diatas..bc yg selanjutnya..:)

kalau kite lihat, huraian yg dibahas oleh penulis ini berkisar dari ayat Allah td kan, surah Al-Asr..

untuk anda yg sy syg dan untuk diri sy yg serba kekurangan.. jom kite merenung diri kite,

kdg2 kite xsedar kita tergolong dlm golongn org yg rugi...

hmm... byk5x benda yg boleh membuatkn kite leka...cnth: dgn Fb nyer, blog nyer--- sy x kate org.... sy sendiri... mcm ni lah ms sy terbuang...hmmm.. anda mcm sy??

hmm... muslim yg baik itu apabila dia menyedari kesilpannya, dia tidak akan mengulanginya buat kali kedua...

:).. anda dan saya sendiri mau jd muslim yg baik kan?... mukmin yg baik.. insyaAllah...

ingatan buat diri saya.. buat anda yg sy syg... masa xpernah tunggu kite... kdg2 kite wse 24/7 xcukup untuk kite... kan??

lau didunia, ini yg kita wse... mcm ni jua lah di Akhirat kelak.....ummm....

akan ada golongan yg bekata.."Ya TuhanKu.. mana cukup ms yg telah Kau berikan padaku... 60 thn, 70 thn, 80 thn.. xcukup ya Allah... xcukup!!!.. ak belum sempat beribadat kpdMu.... berilah ak sekaliiiiiiii jer lg peluang... ak JANJI ya Allah.. aku JANJI... akn ku manfaat kan peluang itu..."

tetapi.. kalau pun peluang kedua itu Allah tunaikan... manusia akan tetap SAMA... leka... alpa.. dan terus- terusan leka.....:(...

berapa byk janji yg kite tabur, sebyk itulah yg kite mungkiri... itulah kite sebenarnya........ pd hakikat dan pd makrifatnya.....

hmm... sy tinggal anda untuk saya dan anda sama fikir kan ea...:)

sayangnya Allah pada kita.... Dia sentiasa memberi peluang ke 2,3,4,5 buat sekalian hambaNya...

tp kita sendiri yg pilih untuk mengsia-siakannya...:"(


>>>Allah itu ada... dekat dimata hati.. akrab didlm diri.<<<>



sy yg sentiasa menyayngi anda:),

~tieya~

::jalan menuju Allah itu sebaik2 jalan::

salam semua yg saya sayang....:)

tajuk diatas mungkin familiar kan bg yg da bc buku 'Jangan bersedih: Jadilah wanita yg plg bahagia oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni..

saya ingin kongsi kan mutiara ke3 dalam buku ini.. sgt istimewa.. untuk saya dan anda semua yg saya sayang..:)

ini petikan mutiara ke3:

Apakah kebahagiaan? apakah kebahagiaan itu berada pd harta benda? atau pd kedudukan dan martabat? pelbagai jwpn yg pasti...1 kisah kebahagiaan pd seorg wanita:

seorg suami sedg bertengkar dgn isterinya lalu berkata: "sesungguhnya aku akn mncelakakan kamu!"

isteri menjwb dgn tenang: "Engkau tdk akn mampu.."

suami bertny: "mengapa tidak?"

isteri menjwb: "Jika kebahagian berada pd harta maka engkau dapat mencegahku, jika kebahagian letaknya pd perhiasan, maka engkau dpt menhannya dr smpai kpdku. Namun, kebahagiaan itu bukan pd apa yg engkau miliki atau manusia lain miliki.... tapi yg sesungguhnya aku menemuai kebahagiaanku dalam imanku, imanku ada dalm hatiku, dan hatiku tdk dpt dikuasai oleh sesiapa melainkan TUHANKU...

inilah kebahagiaan.. letaknya pd keimanan...............................

(ad lg smbungan..tp anda kene bc sendiri.. tp isi utamanya da nmpk dr kisah ni kan..)


....adakalanya jiwa ini mengeluh
...........kerana musibah yg menimpa
....................padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan.

(petikan dr buku istimewa buat wanita: 'Jangan bersedih: Jadilah wanita yg plg bahagia oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni.. terjemahan Muhammad huzaifah..)---baca la,buku yg sgt2 bermotivasi nie..:)


buat saya yg sering lupa dan byk kesilapannya...dan juga anda yg saya syg...

kita byk mencari cinta dan kebahagiaan... pada zahirnya terlihat kebahagiaan.. cnthny pd nama, kedudukan, harta, anak dan cinta manusia....

sampai kita lupa pd makna sebenar BAHAGIA....

kita lupa apa itu yg kita kata BAHAGIA.....

saya sendiri... byk saya lupa......

jom.. kita cari makna bahagia tu sama2... buat anda n juga diri saya yg biasa...

makna nya telah kita jumpa.. cuma silap kita, kita byk lupa.... dan byk mencari benda yg kita tdk pasti.. kan?.......



>>>sayang anda semua<<<


......Allah itu ada.. dekat dimata hati, akrab didlm diri, insyaAllah.......


salam kasih dan syg,

~tieya~

'modern' jahiliyyah....

Assalamualaikum wbt...

hmmm... saya habis kelas sociology of education pukul 7 td....

hari ni ad byk group yg kene present... ini lah sessi yg plg sy suke...

iyea... bile setiap group present byk3 ilmu baru yg saya tahu...

jadi di medan blog ini saya akan 'berperang'!! yeah!!...

kan ilmu itu untuk dikongsi... tidak menjadi milik sesiapa....

hanya...milik Allah s.w.t.......

kita pinjam shj......

ok... tajuk kite hr ni murid2.. adlah 'modern jahiliyyah'

murid comel: cikgu, ape 2?? chaye xpaham la cikgu.....huu~

miss tieya: ok syg.. ckigu terangkan ea..:)

kelas bermula..........

ape itu modenisasi??

saya xnak amk definisi dari wiki.. hihi.... i'll define it by my self.... i'll try yea!

modernisasi itu bg fahaman saya satu keadaan apabila peradaban manusia telah mencapai tahap kemajuan dr segi teknologi dan material terutamanya,,,

erk...tp tidak pada pembangunan insani nya...hmm

jahiliyyah pula...

ini satu keadaan msyrkt arab sblm kedtgn islm yg hidup dlm kegelapan dan jauh dari petunjuk dan rahmat Allah..(ini definisi saya... mau yg accurate,precise>>>>>google it up!............hihihi...

ok... betol ke zmn moden ni ada g jahiliyyah??

OMG!! tpu la 2.....

ye ke saya tipu?? i dun think so....hmmm

ye.. kita jahil dalam cahaya.....

aish...... kerana.. islam da ada... tp msh ramai yg jauh dari rahmatNya... kan?

rahmatNya mencurah2.. tp kite yg 'lari' dari nya.....

realiti hari ini....

1) intellectual slavery- ini point 1 group dak laki td...
- in what way?
>>>education, entertainment, culture, fashion & trends etc...

we all are SLAVE....

kasarnya.....>>>>

tp itulah kite realitinya.....

da ramai yg suke sgt2 realiti TV>>>> AF laa.. MENTOR laa... Nah.. this iS ReALitY....

hmmm....

merdeka 2 da merdeka da... tp inteleknya belom kan...

western guna 3F:

>>F= food
>>F= fund
>>F= fashion
>>F= fantasy...all the 'fantasia' stuff.. so called REALITY TV...arrrghh..

* yg ke 4 tu saya yg tambah...tp boleh diterima aa tu.. kan?

hebat kan mereka??

ye..... mereka hebat... kerana kite leka....

.....mereka hebat kerana ramai kite wse mereka hebat...

mereka hebat kerena kita yg byk bia' p la depa....haa...

kan....??

lg 1.. mereka hebat kerana kita byk wse kite hebat....

td MR Maarji2020 ad btw... masyarakat islam jatuh kerana mrk mereka byk bermegah dengan zaman 'glory' islam dulu....

xsalah kita bermegah dengan ms lalu... tp bagaimana untuk hari ni n ms depan??

(1 kelas diam jerk... terkesima ke terkedu...pilih...hihi....)

k,lah... saya tggl kan anda dengan persoalan 2... tnda tnya 2...???????:)

untuk kita sme2 cr jwpn....(sbb sy pun terdiam je td....huhu)



>>>Allah itu ada... dekat dimata hati.. akrab didlm diri<<<




salam kasih syg,

~tieya~


::love is chipsmore time!!::...


Assalamualaikum wbt...

petang2 gni wse nk tulis something plak.. xdelah ilmiah pun..xpelah.. kongsi apa yg ad dlm fikiran saya..:)))...


saya byk berbicara tentang cinta kan? hihi..( itu tndanya da dewasa miss tieya nie..:)...) ehem2...hihi...

mestila kan..huu~

tapi....... xmengapalah yea..

mungkin kerana tempias ramai kwn2 sekolah dulu yg bakal bergelar suri xlama lg...
seronok sgt2 buat mereka..:)..

alhamdulillah...murah rezeki mereka kan....(wondering when'll be my turn)..hihi..


itulah.. rezeki setiap insan itu berbeza2.. lagi kan adik beradik yg kembar pun rezekinya masing2 kan...


semuanya telah rapi diatur oleh yg Maha Esa sejak usia kita 20 hari terbentuk dalam rahim bonda... subhanaAllah.. rapi sekali kan....:)


berbalik kpd cinta...
indah sekali perasaan itu kan.. hmm..

cinta itu anugerah.. kerana cebisan perasaan itu adalah dari Allah..
dipinjamkn sedikit shj buat manusia sekaliannya...

hmm..kerana... yg Mutlak pemilik Cinta itu adalah Allah.....

bagaimana kalau saya kata cinta manusia itu bagaikan chipsmore??

>>>why on earth laa saya plh perbandingan ngn chipsmore???<<<< -----maybe sebb saya tgh mamam chipsmore----hehe....no lah... ok, seyes yea...hmmm kenapa chipsmore?? ini pendapat saya.. anda mungkin punya pemerhatian yg berbeza kan... tidak mengapa.. terpulang kpd msg2... >>>cinta manusia itu kejap ada dan kejap xde...


>>>tidak tetap dan mudah berubah...



>>>macam chipsmore.. sedap... manis je.. semasa dinikmati tp bila habis.. semua rasa tue hilang...;)


>>>nak lg rasa tu, kene amik 1 g chipsmore yg lain...
hmmm.... g2lah cinta manusia.......

tidak berkekalan....

....fragile.....


>>> tapi bukan cinta je..semua yg berkait dengan manusia itu akan binasa dan tdk kekal sifatnya....

tapi... tidak pulak saya kata cinta manusia i2 xpenting, xelok...
penting tau!...

kerana muslim yg baik... tidak hanya menjaga hubungannya dengan PenciptaNya... tetapi juga dengan manusia yg lain sekaliannya....;)





JOoMmm MenCaRii CiNtA>>>> CinTA iLAhI yG LebIh utaMa,kan?:)




>>>>>Allah itu ada.. dekat dimata hati, akrab didalam diri..aminn.. insyaAllah<<<<<





with love
,

~tieya~


::tulusnya cinta sorang hamba buat penciptanya::

siapalah yang tidak mengenali rabi'atul adawiyyah kan? seorang sufi yg melabuhkan seluruh cinta dan hayatnya buat Yang Maha Agung..

bagi yg pernah membaca kisahnya.. byk diceritakan.. antara buku yang saya baca 'kisah cinta dalam Alquran' tercalit ceritera cinta Rabi'atul Adawiyyah kpd kekasihnya yg Agung... indah.. teramat indah...

jom.. sedikit perkongsian dr buku istimewa ini...(lau berpeluang, bacalah ye:)..)

Rabi'ah itu adalah wanita yg memiliki peribadi yg sgt sederhana.. apa yg ada pada kehidupan sekadar memenuhi keperluan semata-mata..

Rabi'ah byk mehabiskan masanya bersendirian,bersama Allah-kekasihnya Yg Abadi-

cinta Rabi'ah adalah cinta kepada DzatNya, kerinduannya adalah rindu kepada sifat2Nya..

cintanya berasaskan ketulusan dan rasa takut pada Tuhannaya.. sebagaimana firmanNya:

"barangsiapa mengharap berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yg soleh dan jangan mempersekutukn seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya"

baginya.. sendirian itu membawa bahagia.. membawa dirinya dekat dengan Tuhannya..

bait2 cintanya..:

keceriaanku,wahai kawan adalah saat sendiriku,
dimana Kekasih segatiku selalu menyertaiku,
Wahai dambaan kehidupan dan kebahagiaanku,
semangat dan layu hidupku bergantung kpdMu,
Wahai penyembuh hati dan muara pengharapan,
wujudkan kasih dan kerinduanku pada diriMu.....

kecintaannya kepada Rabbnya.. membuatkan dirinya wushul(tersambung) dan qurb(dekat) denganNya tnp jarak.

antara bait syair cintanya,

Kucintai Engkau, wahai kekasihku, dengan dua cinta
Cinta kerana dorongan hasrat dan naluri kewanitaanku
dan cinta yg memg Engkau berhak keats diriku,
adapun hasrat yg mendorong diriku masyhul berzikir kpdMu,
sedang cintaku yg Engkau berhak keatsnya
menuntun diriku unt menyelak tirai penghalang dariMu,
agar dapatku melihat wajahMu
Wahai Kekasihku..maka tiada pujian yg layak diterima untuk dan demi diriku
namun, segenap pujian, adalh unt dan demi Mu semata...

(sumber:buku kisah cinta dlm al-Quran-tuan guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)

agung sekali cintanya...SubhanaAllah....(terasa mcm tiada lg seumpama itu kan..)

tapi mungkin masih ad... insyaAllah...

mesti ad yg kata.. susah da nk cr org mcm 2 zman sekarang.. mane ade da.. zman IT, bukan shj maklumat dihujung jari.. tp dosa juga dihujung jari... kan...hmmm....

hmm..iyea...

mugkin betol....

cabarannya lebih kuat, lebih menuntut keikhlsan...

tp tdk mustahil kan...

rabiatul adawiyyah pada zaman ini melebarkan tanda kasih sayangnya melalui cara yg berbeza...:)

tp matlamatnya masih sama...

krn keredhaanNya yg kita cari.. kasih sayangNya yg kita impi...

walau diri berkalut dosa.. tp harapan pada cintaNya tetap pasti...

kerana disitu letaknya cintaNya yg hakiki....

kita mencari dalm gelita.. kerana disitu akan terpancar cahaya..

kalau pun cahaya itu bukan milik kita.. tp pencarian kearah cahaya itu cukup untuk mewarnai segalanya..

sesungguhnya Allah i2 Maha Adil.. dan tidak mengharap pada kesempurnaan dari hambaNya.. cukuplah sekadar kita berusaha untuk mencari dan mencapai kesempurnaan.....

Amiiiinnn.. insya Allah...

.............Allah itu ada... dekat dimata hati, akrab didlm diri.................



*kekurangan dan kesilapan itu pasti...kemaafan mendahului kata*


sekadar berkongsi :),

~tieya~


*buat saya dan buat anda yg sy syg...jom kita hayati doa Rabiatul adawiyyah:)...*


(source:http://www.youtube.com/watch?v=Ss1MkHGC50c)


video

:: terkadang kita fikir kan....::

assalamualaikum wbt....

umm.. anda pernah x kdg2 terfikir.. knp ini dan knp bukan itu yg terjadi dalam kehidupan kita?

mesti pernah bukan?... saya pun pernah... mgkin berbau sedikit tanda kita tidak bersyukur dengan kurniaanNya tp ini lumrah.. Manusia sememangnya jarang berpuas hati dengan apa yg dia ada.. memg begini sifat insan.. cuma kita kene kembali pada yg hakiki...

ad sebab yg kdg2 xterjangkau dek pemikiran cetek insan disebalik apa yg tersirat pd ketetapan ilahi....

susah untuk kita tafsir stp yg terjadi pada diri...

adakalanya kita mengharap pada secebis kebahagiaan tp ia mengundang pada kedukaan..

adakalanya kita teringin pada kemewahan yg sedikit sampai kita lupa pada kekayaan jiwa..

melihat pada kehidupan sendiri dan memerhati pada perjalanan hidup org lain.. membuat saya terfikir...

"sesungguhnya teramat luas cara Allah menunjukkan kasih sayangNya kpd setiap hambaNya..."

kdg2, tatkala dihimpit kesusahan, kesukaran.. kita mesti terlintas..

ya Allah.. kalaulah...

ya Allah.. andainya....

tapi kita lupa.. itulah cara Allah tunjuk kasih sayangNya buat kita... berbeza2.. dan penuh makna...

hanya DiriNYa menyimpan setiap makna disebalik persuratan takdir.. akan sampai masanya suatu hari nanti, segala rahsia bakal terungkai.. mejawap persoalan disebalik kecelaruan..

segalanya cuma menuntut kesabaran..


Duhai hati... kuatkanlah diri, teguhkanlah insani.. dalam mencari kekuatan merentas kehidupan...

Alhamdulillah Ya Allah.. ats segalanya yg menghiasi kehidupan, mewarnai perjalanan menuju ke dunia abadi...:)



..........Allah itu ada.. dekat di mata hati, akrab didalam diri, amin insyaAllah................


sayang semuanya,

~tieya~

:: adakah kita sebahagian darinya??::

SAYINGS (HADITH) OF PROPHET MUHAMMAD (Sallallahu alaihi wa sallam)

The one who disdains prayers (Salat) will receive Fifteen punishments from Allah.
Six punishments in this lifetime
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.

THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE:
1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2. Allah does not accept his plea (Dua's)
3. Allah erases the features of good people from his face.
4. He will be detested by all creatures on earth.
5. Allah does not reward him for his good deeds. (No thawab)
6. He will not be included in the Dua's of good people.

THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING:
1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.

THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE:
1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits him from morning until afternoon for leaving Fajar prayer, from the afternoon until Asar for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground..

THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT:
1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.
Note: If you get this copy, please make copies of it and distribute them among all Muslims. You will be earning a Reward as well as helping to show your brother the Right Path. May Allah give guidance to all of us.
AAMEEN!!!!!!!

THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:
FAJR: the glow of their face is taken away.
ZUHR: the blessing of their income is taken away.
ASR: the strength of their body is taken away.
MAGHRIB: they are not benefited by their children.
'ISHA: the peace of their sleep is taken away.

THE HOLY QUR'AN:
'Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said'




.........Adakah ini yg kita cari.............

.........bukankah keredhaanNya yg kita impi.. kenapa kemurkaanNya yg kita damba?...........

..............solat..........

.....benda yg ramai mengambil ringan....rasa ianya tidak penting... nanti boleh buat..........
pengalaman saya.... pada pemerhatian... ramai org merasakan solat itu perlu bila mereka memerlukan sesuatu.....

.........Astagfirullah...... bgitu kita berkira dengan Allah.......

........sedang Allah begitu pemurah terhadap setiap hamba2Nya......

...........kdg2 kita tgk... ad org buat muka selenga je xsolat... knp??

...... langsung tdk ad rase bersalah, rase ad tggungjawab yg blm tertunai... langsung tdk ad... sayangnya... sayang kerana perasaan indah dan istimewa i2 telah hilang.. hilang bersama kelalaian kita terhadapa dunia...,,,

dunia i2 tdk ad salahnya... globalisasi? pun sama... tdk ad slhnya... dimana salahnya??

pada DIRI KITA....

keputusan i2 di tangan setiap yg punya akal fikiran... yg terbaik ada pada pilihan kita.. semuanya terpulang....

berbalik kepd solat....

ad org tggl solat beberapa sebab:

ini biasa berlaku pd kaum nisa'......(secara random)

1) da elok2 kuar hang out... mekap lawa... cun habis da... sayg la kat mekap... nanti da xcun lau touch up baru....

2) habis la tdung i, slendang i.. da komok da lau bukak nak solat...

3) nantilah.....balik nanti sempat solat.... leceh la solat kat luar ni... kat umah nanti senang skit...

4) u g la solat.. i ma'zurah....(tp hampir stp hari dia ma'zurah..hmm)

5) susah la nk cari surau kat cni.. xbiase tempat ni.....


>>>> dan byk5x, beribu alasan kita bg... alasan untuk kita tipu siapa??<<<<<

kawan kita mungkin kita boleh tpu.....

tp Allah???

boleh???

saya xrasa kita mampu tipu DIA... kerana sedetik hati kita berbisik, sebelum itu lg sudah smpai ke pengetahuanNYa...(Maha Suci Allah)...

masih tegar kita berdusta kan.... sedg kita thu kita xdikurnia skill untuk selindung dari Allah...

buat diri saya yg seba kekurangan,,, buat yg membaca,.. buat yg menilai... ambil lah ug baik.. seuatu dari Allah...

seribu kemaafan dari kekhifan diri yg penuh kehinaan...

saya berpesan pad diri... dan semua.. kerana sayangnya pd saudara seagama...

tdklah salah kiranya kita merasa sedikit susah demi keredhaanNya....

kerana nikmat dan rahmatNya yg tidak tehitung byknya....subhanaAllah...

jom... kita sama2 koreksi didiri,.. byk kekurgan didri kita...

Astagfirullahhala'zim.....


....buat kita semua:....

Salah is the Best Deed
Hadrat Abdullah Ibn Masud (may Allah be pleased with him) said that he enquired of the Prophet (may Allah's blessings and peace be upon him) what was the best deed in the sight of Allah. The Prophet (may Allah's blessings and peace be upon him) replied, "To say prescribed prayers at stated hours." I asked what was the next best. He said, "To be good to parents." I again asked what deed ranked next. He said, "To do Jihad in the way of Allah." Ibn Masud (may Allah be pleased with him) says that if he had gone on asking, the Prophet (may Allah's blessings and peace be upon him) would have told him more. (Bukhari, Muslim)

Salah Brings Salvation
Hadrat Abdullah bin Amr (may Allah be pleased with him) said that one day the Prophet (may Allah's blessings and peace be upon him) was talking about prescribed prayers and he said, "Whoso is regular in his prayers it will illumine his face, testify to the firmness of his faith and be the cause of his salvation on the Day of Judgement. And whoso neglects the prayers will neither acquire any glow nor staunchness of faith nor any means of salvation and he will join, on the Day of Resurrection, the company of Korah (Qarun), Pharoah, Haman and Ubay bin Khalaf." (Ahmad, Darimy, Baihaqi)




>>>>>Allah itu dekat dimata hati, akrab didlm diri<<<<<



sayang semuanya,

~tieya~



siapa itu sang bidadari...



cantiknya bidadari kan..? siapa2?? (mcm pernah jumpe je..hihi)

boleh katakan semua wanita di dunia ini bidadari.. semua org cantik..kan? tp bila mencari sang bidadari dan penghuni syurga itu yg agak susah.. umm.. masih ada kah pd zaman kini yg suci dlm debu,yg kilauannya adlah permata bukannya pasir semata??..

jawapannya ada...:)

wanita yg solehah dan lelaki yg soleh itu ad dan tdk akn pupus smpy hr kiamat cuma yg membezakn mungkin bilangannya yg semakin berkurangan..(terancam jela, pupus 2 x..hihi)

takzirah di pagi jumaat yg indah ni.. khas buat wanita yg amat disayangi..

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih....

(sources:abunaeim.wordpress.com)

hmm.. mcm senang.. yela kan xbyk syarat2 islam buat wanita untuk menjadi solehah. tp brapa ramai je yg betol2 boleh ikot.. xramai kan,..( diri saya sendiri.. mash jauh perjalanannya..hmm..).. tidak mengapa.. sama2 kita berubah kearah yg lebih baik.. insyaAllah.. kerana org yg baik i2.. bukan sentiasa baik.. tetapi orang yg baik i2 adalah mereka yg senantiasa berusaha kearah yg lebih baik..:)


puisi dan bingkisan buat sang bidadari dan penghuni syurga..aminn....:








video



Allah itu ada.. dekat dimata hati, akrab didlm diri,insyaAllah...:)



dari yg serba kekurangan..,

~tieya~

yang bernama manusia...

ada pun yg benama manusia itu suka mengeluhkan..? pasan x? lau x pasan.. jom kite survey2 keliling kita.. xpun.. diri kita jugak..(survey org len boleh.. tp dr kita jgn kita lupa..:)..)..

betol kan? kita bz,kita mengeluh..

kita lapang pun kita mengeluh..

ape lg bila kita sakit.. lg cepat kita mengeluh...(diri sy xterkecuali...:(..........

dan sekarang musim panas kan.. (KL around 33 celcius).. very high kan.. mcm kat Mekah 10thn yg lepas...

haa.. tgh berjalan bwh panas pun kita mengeluh...

"Ya Allah.. panasnya hari ni.. xlaratla cm ni..."

mgkin lumrah manusia i2 mengeluh..:)..

boleh ke kita mengeluh?hmm.. bila kita kata xboleh mksdnya kita akn buat.. tp xde la mksd sy boleh.. tp kene terkawal..

cpt2 beristigfar... lau kita rs kita byk mengeluh..hmm..

mengeluh lwannya sabar..

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”

(Riwayat al-Hakim)

hadith ni jelaskan?.. memg hidup org mukmin i2 berliku dan penuh cabaran.. tp ad penawarnya iaitu kesabaran...

Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil org yg disyanginya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

kerana mengeluh itu bukan sifat org mukmin.. tetapi sifat..


"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


..nauzubillahh...

buat diri yg sering lupa.. dan semua yg saya sayang.. Jangan mudah mengeluh tau.. :)..

Allah ada.. dekat dimata hati,akrab didlm diri..insyaAllah:)

sayang semua,

~tieya~

mode hari ni: saya suke + gumbire + riang + bahagia...

kenapa ea...mm.. saje... ntahla.. manusia kan.. kadg2 gumbire,kdg2 sdh tetb..hmm..

tp xpe.. bile wse gembira.. tenang.. kita kene ucap alhamdulillah.. kerana puncak kebahagiaan i2 ketenangan..kan?;)

sayang sume org❤❤


full of love,
~tieya~

mmm.. akhirnya

assalamualaikm pemula bicara..

pertama kali berblog..hihi.. wase janggal..tp ad rs ingin berkongsi sesuatu jd xpelah.. pe kate berblog.. tp xdelah thu diri ni pandai menulis ke x.. xslah kn mencuba.. lgpown teringin nk menambahkn ilmu di dada.. terasa kekurangan..(org pown selalu ckp kn.. makin kita belajr mkin byk kita thu yg mkin byk kita xthu..)mcm 2 jugak saya.. seorg hambaNya.. yg msh jauh perjalanannya..

mmm.. nk perkenallh gerangan hamba ini..:

nama diberi...fathiyah..(ad inherited name tp xpelh kot:)..)
alhamdulilh.. diberi kelapangan,peluang olehNya menimba ilmu di bumi UiA..skrg dithn 2..
itu belajar yg formal lah.. tp yg xformal ni wse mcm thn 1 je.. sume bda n byk3 benda perlu dperbaiki.. insyaAllah..

ckuplah dulu.. coretan first kat blog ku..:)



~tieya~



up