Assalamualaikum wbt...
umm...anda percaya tak? sabar itu indah.. xpercaya? trylah sabar.. :P.. disitu kita akan faham kenapa Allah selalu suruh kita bersabar.. dari situ baru kita faham yang kita bukan Tuhan.. tetapi kita hanyalah hamba! keterbatasan seorg hamba, dirinya tiada kuasa penetuan takdirnya.. yang ada padanya hanya usaha, doa, tawakkal dalam sabar.. hanya itu!
sabar itu sifat Allah.. dalam asma' ul husna pun ada! (check balik! :). kalau sabar itu bukan sifat Allah.. dah lama ummat manusia ini Allah kuburkan dalam bumi.. kerana sifatnya.. perangainya.. cukup menjelikkan..meloyakan..dan xmakan saman! tetapi..Allah maha sabar.. kesabaran Allah yang Maha sempurna, sepatutnya membuatkan kita sebagai hambaNya yang kerdil lagi hina ini merasa malu.. malu ke x? haa..
sedikit bingkisan dari majalah solusi isu 31:~
sabar itu indah
Jika langit hendak runtuh
bagaimana jari hendak menahannya
kita hamba yang dibatasi taqdir
kerana disitu nokhtah tadbir
Hitungkan laut kesyukuran
dipinggir pantai kesabaran
carilah hikmah, tuailah iktibar
sabarlah dalam bersabar
Betapa pun terasa pahit
janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
didikan terus dari Allah
Ujian itu penebus dosa
meningkatkan darjat
menambahkan pahala
bingkisan tazkiran dari yang Esa
bagai ombak
penghias samudera!
*solusi: isu 31^^
0 comments:
Post a Comment