Assalamualaikum wbt..
Setinggi-tinggi kesyukuran hanya untuk Allah milik Allah secara mutlak, pemilik kehidupan dunia yang sementara, pemilik kehidupan akhirat yang kekal selamanya.. untuk kesekian kalinya, peluang demi peluang diberi olehNya untuk bernafas dalam jiwa hamba.. kenikmatan yang lahir sebagai seorang Islam, hidup secara hidup Islam dan mudah-mudahan mati juga dalam Islam..amin adalah nikmat terbesar daripada Allah..
Kehidupan.. padanya adalah medan kebergantungan seorang hamba yang dhoif kepada Allah yang Maha Kuasa atas segala-galanya. Di janjikan kehidupan dunia untuk mengukur siapa diantara jiwa-jiwa hamba ini benar-benar berTuhankan Allah yang Satu dalam aspek kehidupannya. Menanam tebu dibibir pasti lebih mudah daripada memaknakan setiap bicara dalam kehidupan, apalagi untuk membuatkan hati yang keras ini faham dan sedar diri siapa sebenarnya ia di dunia Allah ini. Seorang hamba, yang tidak punya daya apa-apa hatta keatas dirinya sekali pun tidak layak untuk mempersoalkan apa yang Allah takdirkan untuk kehidupannya. Padanya, pasti.. ia pasti terselit hikmat Allah yang Agung, hanya diri dan hati seorang hamba susah, payah untuk menilai. Segalanya dipandang sempit, sukar dan sesak dada.
Allah...
inilah kekurangan kami.. Cinta yang ada dalam hati ini..dalam jiwa ini cukup lemah.. cukup sirna cahayanya.. layakkah kami meniti bahtera kehidupan untuk persembahkan cinta akhir zaman ini pada Engkau, Ya Allah.. Cinta kami pada-Mu bukan Cinta Pertama, bukan jua Cinta Utama..tidak seperti bait-bait nasyid yang dendangan halwa telinga. Realitinya, Kau lebih arif apa sebenarnya yang bersarang dalam hati kecil kami.
Ramai orang..oh, ataupun semua orang sebenarnya mudah mengatakan Sabarlah..Redha saja lah.. tanpa faham apa sebenarnya takrifan kedua-dua kalimah hebat itu. Sabar separuh daripada Iman. Iya. Semua orang tahu tentangnya.. tetapi seramai mana yang benar-benar 'hidup' dengan makna tersebut? usahkan orang lain, diri ini..diri ini masih meraba-raba mencari makna itu dalam kehidupan. Mudah benar hati ini tersentap bila di uji, tidak kukuh benar nampaknya hati pada Ilahi..Asstaghfirullah.. pandanglah hati kami ini, Allah.. pandanglah dengan rahmat..pandanglah dengan Maghfirah-Mu.. Jagalah ia sebaik-baik jagaan-Mu..
Sabar & Redha adalah 2 konsep yang berbeza..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan
kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan
sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah
al-Ankabut, ayat 2-3)
*PANG!*
Masih hati persoalkan kenapa pilih aku ya Allah untuk ujian ini, aku nak mati ya Allah, ak tak nak lalui ujian ni.. aku tak kuat ya Allah..!!!
Ujian itu rencah kehidupan. hambarlah hidup bila asyik manis saja. sesekali Allah lakarkan dalam kehidupan ada hitamnya, ada putihnya.. biar kita lebih menghargai. (mudah-mudahan)
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat
melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang
yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Mata yang sebenar ialah mata hati.. melihat hikmah dlm ujian Allah juga perlu kpd mata hati.. Dengan bantuan Ilmu, Hidayah..kita akan melihat Allah sebagai sebaik-baik perancang dalam setiap perkara kehidupan. (insya-Allah)
Oleh kerana ujian itu sahabat kehidupan, maka sabar & redha juga perlu menjadi teman akrab perjalanan..
*dipetik drpd 1 blog - ini copy paste, mohon baca di karya asal pun bgs juga..klik pd tajuk ya :)..Allah sahaja lah yang memberi ganjaran kpd penulisannya..insyaAllah*
Sabar dan Redha...Antara musibah dan anugerah
Ada dua (maqam) sifat hati dan tingkatan sikap seorang hamba apabila ia ditimpa sesuatu ujian dan musibah; yakni redha dan sabar.Redha merupakan keutamaan yang dianjurkan. Sabar adalah kewajipan mutlak yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin. Insan yg sabar atas sesuatu musibah akan memanggil kepedihan memukul perasaannya. Lagi lama seseorang itu sabar atas sesuatu musibah semakin menebal kepedihan memenuhi hatinya kecuali dengan memiliki sikap redha. Redha ibarat air yg menyejukkan bara api yg sedang menyala.
Orang yang redha, ketika ditimpa musibah, ia akan mencari hikmah ALLAH yang terkandung disebalik ujian itu. Sebenarnya ALLAH telah memilihnya sebagai orang yang tiba giliran utk menerima ujian itu. Dia memahami bahawa ujian adalah jalan Allah untuk menaikan darjat hamba2nya yg DIA sayang,disamping mengugurkan dosa2nya.
Redha adalah ibarat pujukan Allah dengan ilmu dan kefahaman bahawa inilah dari rahmat Allah yg merupakan anugerah pada hamba2nya yg DIA sayang. DIA sekali-kali tidak bermaksud mantijah keburukan dengan ujian yg ditimpa keatas makhlukNYA itu. Orang yang redha, semakin bertambah semangatnya,nikmat dan teduh hatinya untuk taqarrub-ilaLLAH , menenggelamkan diri dalam muayashah dan bermusyahadah denganNYA, dan inilah kenikmatan bagi hati yg dipenuhi dengan rasa CINTA dekatnya Allah dengannya dalam denyutan nadi dan fikirannya. Sehingga tiada terasa sakit dari musibah itu. Orang yang sudah mencapai tingkat ini adalah mereka yang sudah memiliki makrifat dan mahabbahtullah yang tinggi. Mereka merasakan nikmatnya musibah tersebut, kerana melihat sebagai sesuatu yang berasal dari KEKASIH yang amat mereka cintai. Sehingga Allah menaikan darjat hambaNya itu disiNya.
Inilah makna apa yg nabi kata "ajaibnya orang mukmin Apabila diberikan nikmat dia syukur dan apabila mendapat musibah dia bersabar".
Perbezaan antara redha dan sabar; bahawa sabar adalah menahan nafsu dan mengekangnya dari kebencian (sekalipun menyakitkan) dan mengharapkan akan segera berlalunya musibah. Sedangkan redha ialah kelapangan jiwa dalam menerima takdir ALLAH dengan tidak mengharapkan hilangnya musibah itu tetapi menjadikan redha sebagai penawarnya. Sebab di dalam hatinya telah tertanam keyakinan dan makrifat terhadap KEKASIH.
Dan apabila redha ini telah berakar umbi dalam sanubari, maka
dapat menghilangkan semua rasa sakit itu. Hassan Al Bashri berkata “
Barangsiapa yang redha terhadap apa yang menjadi suratan hidupnya, maka
jiwanya akan menjadi tenang. Menerima hal itu, dan ALLAH pun akan
memberkatinya. Tetapi barangsiapa yang tidak redha, maka pandangannya
menjadi sempit dan ALLAH juga tidak memberkatinya”.
Bagi yang faham makna antara sabar dan redha.. hakikat musibah dan anugerah ini sepatutnya berasas malu kepada Allah utk mengeluh terhadap apa ujian yg Allah timpa padanya.
AWAS:" Orang yg tidak dapat memiliki sabar dan redha ini apabila ditimpa musibah ditakuti ditimpa penyakit buruk sangka dengan Allah. Malahan boleh membawa kepada fasiq.. wai'yazubillah"
Bagi yang faham makna antara sabar dan redha.. hakikat musibah dan anugerah ini sepatutnya berasas malu kepada Allah utk mengeluh terhadap apa ujian yg Allah timpa padanya.
AWAS:" Orang yg tidak dapat memiliki sabar dan redha ini apabila ditimpa musibah ditakuti ditimpa penyakit buruk sangka dengan Allah. Malahan boleh membawa kepada fasiq.. wai'yazubillah"
***************************
suka jugak penerangan pendek yang diberikan sis Insyirah Solehah dalam blog beliau unt entri ini :
segala kebaikan itu daripada Allah...
-tieyafathiyah-
27.11.2012 @2.30am
1 comments:
SABAR itu sifat bertahan wpun kita boleh balas balik. e.g: org pukul kita...kita boleh balas balik. Tp kita pilih xmau balas. Nk sabar je.
REDHA tu sifat bertahan terhadap sesuatu takdir yg tak boleh kita nk balas balik. e.g: BANJIR...kita tak boleh nk balas balik. So..redha je laa.
Post a Comment