solehahku di'mata'Mu..


Tuhan..

aku ingin menjadi yang solehah pada pandanganMu..

yang terjaga pada liar pandangan mata..

yang tersimpan jauh dalam kesunyian cinta..

padaMu ku panjatkan sekelian doa..


telahku gantung beribu pengharapan pada setiap impian kehidupan..

agar hijrah ku hanya kerana cintaku kpdMu..

sedikit perubahan ini tiada nilaian tanpa istiqamahku..

Tuhan, tuntunilah jalan hidupku..agar langkahku bersatu dalam rahmatMu..

aku ingin menjadi solehah bagiMu..

santun terpelihara menjadi hati dan jiwa..

mulia mendidik diri..

berani menjadi benteng kendiri..

kerana padaku.. solehahku hanya kerana Engkau yang Satu..


0 comments:


up