Cinta..lebih dari sekadar kalimah~



Cinta,
Bukan di bumi sahaja,
Di langit juga ada,
Dan berseminya memandu kehidupan manusia

Bukan satu ism kemurahan,
Bukan untuk dilafaz dengan kelewaan,
Bukan satu kalimah yang ringan,
Hanya yang mendalami makna cinta akan punya kefahaman,
Sungguh cinta adalah sebahagian perasaan Tuhan

Cinta,
Mesti hendak bersamanya di syurga,
Bukan cinta jika melempar ke neraka,
Tidakkah kau melihat cinta RasulNya kepada kita?
Bahkan kewujudan Utusan itu sebahagian tanda cintaNya.

Cinta membuah toleransi,
Cinta memberikan kefahaman nan serasi,
Dari cinta keluarnya pengorbanan,
Cintalah yang menumbuhkan kasih dan sayang tanpa tandingan,
Dan semua ini adalah bimbingan ke syurga melepasi imiginasi insan,
Balasan buat yang memberikan cintaNya balasan,
Dan yang mencintai yang lain dengan cintaNya sebagai panduan

Cinta itu mahal,
Jangan kau murahkan,
Sungguh, jika kau rendahkan,
Maka aku adalah yang pertama melancarkan peperangan.


~Hilal Asyraf~
1651
220311
Dalam bilik, Irbid, Jordan
I Remember You
Puisi Mahalnya Cinta




p/s: betulkan.....hmm...

::Cinta..mesti hendak bersama hingga ke SyurgaNya.. bukan MurkaNya yang di pinta.. tetapi RedhaNya yang didamba.. Cinta terlalu suci untuk membuat keduanya berdosa.. dan..BUKAN cinta andai itu melempar keduanye ke JahanamNya..::


~ AllahuAkbar~

1 comments:

AnakPakZohar said...

cinta itu indah jika kita selami keindahannya =)


up