Akulah yang kau kenali itu.....
Akulah itu,
yang kau kenal dulu,
punya cita yang tersimpan
punya hasrat disanggah.
punya impian membisu
punya cinta yang hilang.
namun punya tekad yang nekad
melangkah tanpa menoleh
terkadang rindu sesekali menyapa disegenap masa lalu.
Akulah itu,
gadis yang kau pernah tahu,
menangis dalam hati
merayu pada nasib yang tak pernah menyebelahi
mengikut kehendak yang patuh pada harapan
harapan kepada insan yang bergadai nyawa yang membesarkan
hanya mahu keberkatan,
disepanjang perjalanan kehidupan.
Akulah itu,
yang tak punya apa-apa untuk dibanggakan
hanya doa kukuatkan
moga perjalanan dilindungi oleh Tuhan
kerana disekeliling belum tentu berhati indah suci
kadang-kadang berwajahkan cantik namun bertopengkan syaitan
terlalu banyak yang menyesatkan
terlalu sedikit yang memimpin kearah kebenaran
kekuatan hati dan takwa padaNya aku serahkan
pohon keredhaan untuk mewarnai kehidupan.
Akulah itu..
yang banyak meniti dari berlari
yang banyak mengejar bayang
dari mendongak ke awan mengejar pelangi
terlalu banyak laluan yang keliru
hingga terkadang aku terjatuh
dan tersungkur aku sendiri
bangun semula sambil berpaut pada kekuatan diri
mara dan terus mara kerana tak mahu berpaling lagi
sekalipun yang terjatuh meninggalkan kesan dihati
namun aku pasrah pada takdir ilahi.
Akulah itu..
yang mencapai pada bahumu
menumpang berpaut saat kaki tak berdaya melangkah
cukup pilu pada cinta yang tiada kepercayaan
cukup hampa pada rindu yang sepi
cukup lemah pada kata-kata fitnah
cukup sedih pada manusia yang suka menghukum
menghukum sebelum dibicarakan
bicara pada kesilapan manusia
manusia yang memang biasa mencari kelemahan
kelemahan pada kekurangan manusia lain
hakikat setiap kelemahan itulah kekurang dari diri mereka sendiri.
Akulah itu...
yang kian terima takdir hidupku
kerana laluan yang ditentukanNya begitu
aku redha pada laluan ini
dan sampai masa aku akan pulang sehabis usiaku nanti
kerana aku hanya manusia yang hanya melakonkan watak
dalam cerita yang telah ditentukan olehNya
di atas pentas alam ciptaanNya
terkadang aku juga melanggar arahan
kerana kadang- kadang aku terlupa
watak dan peranan aku didunia
kerana bukan sengaja sehingga aku terlupa
kerana leka keasyikkan dunia buatkan aku tersasar dari landasan
landasan yang tersimpan dari rahmat Tuhan.
Dan akulah yang kau kenali itu...
masih kuat pada hati yang menyintaiNya
dengan mula mengatur langkahku
dan sesekali menoleh seketika kebelakang
menoleh untuk mengutip penawarnya
untuk dibuat bekalan saat kaki terus melangkah...
kerana aku percaya....
cintaku akan kekal dihati, kekuatan itu pada jiwa yang indah bercahaya.
♥
source: http://hatikuduniaku.blogspot.com/2011/02/akulah-itu-yang-kau-kenal-dulu-punya.html
~tieya with LOVE~
0 comments:
Post a Comment