Cinta..lebih dari sekadar kalimah~



Cinta,
Bukan di bumi sahaja,
Di langit juga ada,
Dan berseminya memandu kehidupan manusia

Bukan satu ism kemurahan,
Bukan untuk dilafaz dengan kelewaan,
Bukan satu kalimah yang ringan,
Hanya yang mendalami makna cinta akan punya kefahaman,
Sungguh cinta adalah sebahagian perasaan Tuhan

Cinta,
Mesti hendak bersamanya di syurga,
Bukan cinta jika melempar ke neraka,
Tidakkah kau melihat cinta RasulNya kepada kita?
Bahkan kewujudan Utusan itu sebahagian tanda cintaNya.

Cinta membuah toleransi,
Cinta memberikan kefahaman nan serasi,
Dari cinta keluarnya pengorbanan,
Cintalah yang menumbuhkan kasih dan sayang tanpa tandingan,
Dan semua ini adalah bimbingan ke syurga melepasi imiginasi insan,
Balasan buat yang memberikan cintaNya balasan,
Dan yang mencintai yang lain dengan cintaNya sebagai panduan

Cinta itu mahal,
Jangan kau murahkan,
Sungguh, jika kau rendahkan,
Maka aku adalah yang pertama melancarkan peperangan.


~Hilal Asyraf~
1651
220311
Dalam bilik, Irbid, Jordan
I Remember You
Puisi Mahalnya Cinta




p/s: betulkan.....hmm...

::Cinta..mesti hendak bersama hingga ke SyurgaNya.. bukan MurkaNya yang di pinta.. tetapi RedhaNya yang didamba.. Cinta terlalu suci untuk membuat keduanya berdosa.. dan..BUKAN cinta andai itu melempar keduanye ke JahanamNya..::


~ AllahuAkbar~

tieya, dengar ni! *_*''



pesanan ini kepada ar-rijal...tapi setiap an-nisa' kena tahu... untuk diri saya terutamanya..isk2..(takotnya =(..



~xoxoxoxoxoxo~



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam


add on sket..teeehee ;-)


"sifat-sifat wanita yang berakhlak baik..yang dinyatakan oleh Rasulullah saw:



Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." ~HR Muslim



"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."



"Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... "



P/S: yang paling saya takut, sifat ke 4 & 5..huhu..sbb saya pown jns yg suke bda yg lawo2..suke itu & ini jugak...uwaaa!! nauzubillahi min zaliq....~:((


-boleh mendengar ceramah Ustaz Kazim di youtube:


Ustaz Mohd Kazim Elias-

6 Golongan yang Jangan Dijadikan Isteri.




tieya's with LOVE~

Jiwa positif Hidup berTuhan

assalamualaikum buat anda yang saya sayangi krn Allah...

semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah semuanya..amin.. insyaAllah.. tadi masa sy 'jalan2' kat blog..search itu ini..jumpe 1 link yg sgt bgus...ingin saya kongsikan link yang sangat bermanfaat untuk kita semua...

ambil yang baik dari link ini.. link in dari Saudara Fuad Latip, insyaAllah... beliau menyediakn link ini secara percuma untuk semua... dalam link ini..anda boleh mendapatkan koleksi2 e-book beliau secara percuma yang bertajuk: JIWA POSITIF HIDUP BERTUHAN- Menyedari dan Merasai kepentingan Allah swt dalam kehidupan... ianya terdapat dalam 5 volume iaitu:

Volume 1: Komunikasi Dengan Allah
Volume 2: Memiliki Kesedaran Tertinggi
Volume 3: Berserah Kepada Allah
Volume 4: Rasa Nyata Hidup BerTuhan
Volume 5: Sebuah Taman Yang Indah
Doa: Kesedaran Tertinggi
Kompilasi Status Facebook Fuad Latip

semoga setiap usaha beliau memberi manfaat kepada semua.. dan diberkati Allah..insyaAllah... Selamat membaca! :)


istimewa untuk anda.. untuk saya..untuk kita & kehidupan kita,insyaAllah....klik & sign in, download & baca---->kongsi2 tau ;)



Ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan oleh Fuad Latip






from tieya with Love~
p/s: sayang anda semua kerana Allah~

Date with HIM


assalamualaikum buat anda yang saya sayangi.. selamat pagi.. semoga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah..:)

pagi2 ni suka sy nk kongsi nasihat dari seorang kakak-(walaupun sy xkenal beliau), tp nasihat ini sangat lah benar.. dan ini yang sepatutnya..

Baitul Muslim bukan satu impian yang mudah.. perlu cara dan usaha kearahnya.. membaca perkongsian ini membuat sy terfikir.. apakah saya telah atau sedang berusaha ke arahnya??.. kenapa saya merasa diri belum kearah itu... Allahuakbar... terasa masih jauh perjalanan..dengan dosa2 lalu yg sentiasa menghimpit diri.. dosa2 kini yang xpernah menjauh.. Allah...:(

Saya mahu anda juga bc.. ambil lah yang baik.. insyaAllah...

akhirnya.... Segala yang terbaik... hanya dari DIA YANG MAHA SEMPURNA



SOUL_MATE


People will say

To find a soul-mate,

Text him, date him and be with him all the time.

Then, you decide

But,

I will say

To find a soul-mate, NEVER do those stupid things

As you will definitely REGRET

either in this world or NEXT

or both

Yet,

To find a soul-mate,

Please

Date ALLAH, be with ALLAH, and take care ALLAH’s

all the time.

Then, you decide

Insya-allah,

You will NEVER REGRET

As ALLAH

is the CREATOR of your soul

and his

Very much indeed,

He knows you, and He knows him

Why do you still doubt

on His CHOICE?

on His WORD?

on HIS TIME?

“Take care ALLAH’s, He WILL take care of YOU!”






FROM: http://www.facebook.com/notes/hanisah-hazni/soul-mate/194444550590066




tieya's with LoVe~

segalanya milikMu~

~earthquake in japan 11/3/2011~
(iaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka (lalu mereka keluar) dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami. (50:44)


"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Surah Al-Baqarah: 284)


"...Kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Surah Al-Munaafiquun:7)


Merasa bahawa kita memiliki sesuatu secara mutlak akan mengundang kesengsaraan jiwa kerana apa yang ada pada kita itu boleh hilang pada bila-bila masa sahaja. Justeru, kita tidak akan redha atau berpuas hati dengan sebuah kehilangan, dan akan menjadi tertipu dengan sebuah pemilikan yang sementara.


Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik siapa-siapa selain Dia. Allah lah yang memiliki jiwa-jiwa kita dan segala yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah bahawa kita akan kembali, kerana pemilikan Dia adalah sebuah pemilikan tunggal, hakiki dan abadi.


Adapun istilah "milik" yang kita gunakan dalam pembicaraan sehari-hari itu hanyalah sebuah kata yang hakikatnya merujuk kepada sesuatu yang dianugerahkan Allah kepada kita buat sementara, sebagai pinjaman. Setiap sesuatu yang diberikan kepada kita untuk dimiliki di dunia ini pasti akan hilang apabila Dia menentukannya.


Tidak ada sesuatu pun yang berada di atas muka bumi ini yang terlepas daripada pemilikan Allah. Semuanya adalah kepunyaan-Nya secara mutlak, dan hanya Dia yang berhak menentukan dan mengizinkan sesuatu itu berlaku terhadap segala isi bumi. Dia adalah pemilik mutlak yang tunggal, yang mengatur segala perjalanan dunia ini.


"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan." ( Surah Al-Anbiyaa':22)


Atas kesedaran bahawa kita adalah milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan kepada Allah. Hanya dia yang berkuasa memberikan keputusan terhadap diri kita. Hanya dia yang tahu apa terbaik untuk kita lalu memerintahkannya, dan apa yang buruk untuk kita lalu melarangnya.


Apabila Dia memiliki kita, adakah kita punya hak untuk menentang? Setelah seorang tuan memiliki seorang hamba, tugas seorang hamba adalah ikut dan tunduk patuh kepada tuannya dengan ketaatan yang tiada berbelah bahagi.


Segalanya yang kita miliki adalah milik mutlak Allah. Sekalipun kita merasa teramat sayang terhadapnya, ia tetap akan kembali kepada Allah. Isteri atau suami adalah anugerah Allah. Kita memilikinya hanya untuk sementara dalam melayari perjalanan di atas muka bumi. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya daripada kita tanpa perlu meminta persetujuan atau kebenaran kita, kerana sememangnya itu adalah miliknya.


Anak-anak adalah anugerah bernilai daripada Allah untuk sementara dan kita takkan selama-lamanya bersama mereka. Kemungkinan Allah memanggil kita kembali sebelum mereka, atau mereka yang diambil pergi.


Harta adalah kurniaan Allah. Apa jua cara ia luput daripada kita bukan permasalahannya. Intinya adalah ia pasti akan luput sedikit demi sedikit kerana Allah yang memberikan kita harta dan Dia menghilangkan daripada kita sepertimana yang dikehendaki-Nya. Hatta jiwa kita adalah hak mutlak Allah dan pasti kembali kepada-Nya. Apa yang tidak menjadi milik-Nya daripada sekian perkara yang kita 'miliki'? Semuanya, adalah kepunyaan Dia.


"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Surah al-Baqarah: 284)


Jika kita adalah pemilik mutlak kepada sesuatu, maka semestinya kita boleh menghalang ia hilang daripada kita. Kita pasti tidak akan pernah mampu berbuat demikian. Kita mungkin boleh berbicara dengan yakin, bahawa kita memiliki sesuatu secara pasti, namun kita akan tersadung apabila takdir Allah mendahului kehendak kita.


Hilang, lenyap, luput, mati, tamat, semuanya akan berlaku dan kita sedikit pun tidak dapat menghalangnya. Takut kehilangan dan berusaha untuk terus memiliki sesuatu adalah tanda yang jelas bahawa kita tidak memiliki sesuatu tersebut. Jika kita memilikinya, kita takkan pernah bimbang dan takut.


Dalam memahami pemilikan hakiki ini, Islam mengajar kita untuk bersikap sederhana dalam segala sesuatu. Apabila kita mencintai, janganlah sehingga melampaui batas dan ingin mendahului ketentuan Allah. Apabila kita memiliki sesuatu harta (yang hakikatnya adalah pinjaman), janganlah terlalu bakhil untuk menginfak di jalan Allah. Islam tidak melarang kita daripada berusaha untuk mendapatkan kurnia daripada Allah, kerana dia memberi apabila dia berkenan.


Apa yang paling penting adalah menyerap makna pemilikan hakiki oleh Dia dan tidak merasakan bahawa kita adalah pemilik mutlak kepada segala sesuatu. Dia adalah pemilik dan kita adalah peminjam, kitalah yang berhajat kepada apa yang menjadi milik-Nya, dan dia sama sekali tidak rugi dengan apa yang diberikan-Nya kepada kita.


"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji." (Al-Fathir: 15)


Kita selalu merasa ingin memiliki sesuatu. Apabila kita telah memilikinya, kita selalu ingin agar ia tidak luput daripada kita. Kita selalu lupa bahawa ia adalah pinjaman yang pasti diambil kembali. Hai jiwa yang sering tidak puas dengan apa yang ada, dan sentiasa mengejar sesuatu yang bukan milik kita, sedarlah bahawa Dia adalah pemilik hakiki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Apabila engkau meminta, mintalah kepada Dia. Apabila engkau ingin memberi, berilah kerana Dia.


Wallahua'lam.


~tieya's with LOVE~

source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1791-pemilikan-hakiki.html

Demi Cinta Allah yang ku kejar...


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.


"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."


~tieya with LOVE~

source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1846-demi-cinta-allah.html

kerana kamu pemimpin ku!


assalamualaikum buat anda yang saya sayangi...

ingin saya kongsikn link yang sangat bermanfaat unt semua ar-rijal... kerana kamu lelaki.. kamu mesti, wajib baca dan hadam ini! simpan kemas dalam benak fikiran kamu...

'iye benaar, wanita punya kuasa menjatuhkan iman lelaki... tapi siapa yg memilih untuk dirinya di jatuhkan.... itu adalah kamu sendiri!, jangan salahkan orang lain.. pilihannya di hati kamu!.


untuk sekelian lelaki..ar-rijal.. kerana perempuan itu, pemimpin mereka adalah LELAKI! bacalah:



up