kepada kekasih-kekasih dambaan hati....
Wahai pemilik cintaku
Aku ingin mencintai-Mu....Aku ingin menjadi kekasih-Mu....Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu...Aku dambakan redha-Mu...Namun.. siapalah aku?.. Apakah aku mampu?...Apakah aku layak?...Sesungguhnya aku malu...Aku malu kerana sering meminta..Aku malu kerana sering memohon...Aku malu kerana sering merayu..Sedangkan aku sering melupakan-Mu...Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu...Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu...
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?
Wahai kekasih Allah..
Aku rindu untuk berjumpa denganmu.. Aku rindu untuk menatap wajahmu..Aku rindu untuk mendengar suaramu...Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu...Aku tahu.. Kami tahu..Kau sangat mencintai kami..umatmu..Kau menyayangi kami...Kau merindui kami Tetapi..layakkah kami menerima cintamu? Layakkah kami menerima kasih dan rindumu? Sedangkan kami sering melupakanmu...Kami sering mengabaikan sunnahmu...Kami sering lupa untuk menyebut namamu...Dan kau pula tidak pernah melupakan kami...Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu..
Maka..layakkah kami menerima cintamu?
Wahai bakal pendamping hidupku...
Aku ingin mencintamu kerana Allah..Aku ingin menyayangimu kerana Allah...Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah...Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh...Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu..Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya..Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga...Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu..Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah...Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya...Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah...Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu...Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu....
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa...Aku hanyalah gadis biasa...Yang sarat dengan khilaf dan dosa............
Mahukah kau mencintaiku? ♥
from: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1011-kekasih-kekasih-dambaanku.html
from tieya with ♥~
0 comments:
Post a Comment