Hajat itu ku panjatkan kepada-Mu, ya Allah


assalamualaikum.. semoga semua sentiasa dalam barakah cinta & kasih sayang Allah :)



Abdullah bin Abi Aufa r.a menceritakan: Rasulullah keluar bertemu kami pada suatu hari. Baginda duduk lalu bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia, hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya, kemudian tunaikanlah solat dua rakaat, seterusnya memuji Allah, berselawat keatas Nabi s.a.w. dan mengucapkan , " Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri ini melainkan ( kepada ) Allah, Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mulia, Maha suci Allah, Tuhan Arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguruskan semesta alam. Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu, kepastian keampunan-Mu, dan kemenangan daripada segala kebaikan dan keselamatan daripada segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampunkan. Tiada kesalahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yang Engkau redhai melainkan Engkau tunaikan, wahai Yang sebaik-baik Penyayang. (HR al-Tirmizi)




tieya's with love
11/12/2011
9.51am
F-3.5(C), Asiah, UIAM Gombak.

Andainya Rasulullah masih ada.. aku ingin sekali mendengar dan melihat baginda berbicara..


Andainya Rasulullah masih ada.. aku ingin sekali mendengar dan melihat baginda berbicara...


Al Hasan bin Ali r.a meriwayatkan:

" Aku pernah bertanya kepada pak cikku, Hindun Ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, " Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah berbicara".

Lalu dia pun berkata, " Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan baginda dengan menyebut nama Allah.

Ucapan baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas - tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda tidak pernah mencela mahupun memuji makan. Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan berdiam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjuk sesuatu, baginda selalu menggunakan tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut. Baginda selalu membalik (telapak tangannya)

Ketika berbicara, baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, baginda menundukkan pandangan. Tawa baginda adalah senyuman, dan gigi baginda kelihatan seperti butiran salju " (HR al-Tirmizi)

p/s; subhanaAllah..itulah dia junjungan rasul yg mulia.. penuh kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupannya.. kekasih Allah ini akhlaknya adalah al-Quran : Aisyah RA, ”Akhlak beliau (Rasulullah) adalah Alquran.” (HR Abu Dawud dan Muslim).



2.18am 11/12/2011
~tieya's with love~

Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?


~Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta~



Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.

Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''

Astaghfirullah.

Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'

Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.

Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.

Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.

Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.

Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?


tenanglah hati~


Tenanglah hati…



“Tidak ada satu bencana pun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yg demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al Hadid :22)




↑
up