Andainya Rasulullah masih ada.. aku ingin sekali mendengar dan melihat baginda berbicara..


Andainya Rasulullah masih ada.. aku ingin sekali mendengar dan melihat baginda berbicara...


Al Hasan bin Ali r.a meriwayatkan:

" Aku pernah bertanya kepada pak cikku, Hindun Ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, " Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah berbicara".

Lalu dia pun berkata, " Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan baginda dengan menyebut nama Allah.

Ucapan baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas - tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda tidak pernah mencela mahupun memuji makan. Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan berdiam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjuk sesuatu, baginda selalu menggunakan tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut. Baginda selalu membalik (telapak tangannya)

Ketika berbicara, baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, baginda menundukkan pandangan. Tawa baginda adalah senyuman, dan gigi baginda kelihatan seperti butiran salju " (HR al-Tirmizi)

p/s; subhanaAllah..itulah dia junjungan rasul yg mulia.. penuh kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupannya.. kekasih Allah ini akhlaknya adalah al-Quran : Aisyah RA, ”Akhlak beliau (Rasulullah) adalah Alquran.” (HR Abu Dawud dan Muslim).



2.18am 11/12/2011
~tieya's with love~

0 comments:


up