Assalamualaikum wbt...puji-pujian atas segala kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Pemurah..
Datang kepada Allah dengan membawa hati dan jiwa yang berkalang dosa dan noda. Malu. Tetapi rasa lebih malu, lebih biadap, andainya tidak ada riak-riak sesalan dan taubat atas segala kesilapan. Dengan segala rahmat Allah, keagungan Allah berada didunia dengan rezeki dan nikmatNya, bagaimana boleh seorang hamba yang hina tarafnya mendabik dada bermaksiat, berdosa kepada Tuhan yang Pemurah. Siapa yang zalim sebenarnya?! Dengan keyakinan, sebesar mana dosa hamba, Allah masih sudi memandang dengan rahmat kepadanya, dengan syarat, hamba itu sungguh-sungguh 'pulang' kepada Allah. Hanya Allah-lah selayaknya menilai keikhlasan sebuah taubat seorang pendosa.
Sakit sungguh rasa melawan nafsu, melawan keinginan sendiri, meninggalkan apa yang teramat sayang di hati (xkisahlah samada itu orang ataupun sesuatu, maksdnya cukup luas). Ya Allah, adakah memang ini bayaran untuk Cinta Agung-Mu? ='( . Terasa langkah kaki yang lemah ini tidak mampu menangung rasa dan kesakitan nya lagi. Allahu Allah.. Engkau lebih tahu, lebih arif atas segala apa yang terjadi. Izinkan izzah ketenangan singgah di sanubari agar ada saat aku rasa lebih tenang dalam langkah ini..mudah-mudahan..
Mudahnya kita berbicara segalanya milik Allah, tetapi dalam sedar atau tidak cukup payah untuk kita sendiri faham apa yang kita katakan. Sabar perlu seiring dengan Redha. Hati perlu faham bahawa setiap apa yang terjadi ada sebab dan musabbab nya. itu Pasti dan ia bukan perkara petik jari. Tuhan dan orang yang melalui nya sahaja tahu betapa sakitnya jalan ini.. ='(
Dalam dibuai rasa sedih yang xhilang-hilang ini, selalu dtg bingkisan peringatan daripada Ilahi. Yang datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah. Sungguh! Dia mendengar suara hati walau ianya tidak meniti dibibir. Terima kasih ya Allah..
Suka dengan artikel terbaru Ust Pahrol dalam blog beliau genta-rasa.com, menjentik segenap rasa kehambaan dengan harapan melahirkan rasa rendah diri pada dosa2 silam..
Baca penuh disini : ANDAINYA HARTAWAN ITU TAHU… Antara intipatinya adalah :-
Di mana akan
kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh
mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan
kepanasan ganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka
begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat,
deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di
jalanNya.
Juseru,
apabila tiba saat diuji – detik perpisahan, kesedihan, kemiskinan,
penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja), jangan lari, tetapi hadapi.
Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Tunggu dan hadapi.
Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah,
jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah
hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat!
Saat diuji
itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil
hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mehnah Allah. Dan saat
itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada
“universiti mujahadah”. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan…
hadiahnya hanya: Hati emas!
Tidak ada
jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuh solat lima
waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa dengan
membaca Al Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan
perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri jika terasa
mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan
penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan,
tipu-daya dan kezaliman. Hayatilah sebuah sabda, jika kita menjaga Allah,
Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah
dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang
dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!
Itulah yang
sering diungkapkan oleh para muqarrabin (orang yang hampir dengan
Allah), “andainya para hartawan tahu betapa lapang dan tenangnya hati
apabila bangun malam, nescaya mereka akan meninggalkan seluruh kekayaan
mereka untuk mendapat ketenangan itu!
p/s: Ya Allah, layak ke diri ini nak dapatkan hati emas? ='(
~hanya kepada Allah-lah sebaik-baik tempat kembali~
-tieyafathiyah-
30.11.2012
2 comments:
InsyaAllah you can get more than that teacher. nothing impossible. i always support & be with you. Hope you will succes until end. amin sincerely putrie :-)
InsyaAllah you can get more than that teacher. nothing impossible. i always support & be with you. Hope you will succes until end. amin sincerely putrie :-)
Post a Comment