SAHABATKU SAYANG
Sahabatku sayang kerana Ilahi,
Berlalu waktu buraq melangkah,
Kerdipan bintang sinaran rembulan,
Kini hilang senja menjelang.
Sahabatku sayang,
Engkau ibarat mutiara dipinggir samudera,
Begitu berharga kilauan bercahaya,
Akhlakmu indah penyeri buana,
Imanmu teguh seutuh angkasa,
Menjadi harapan ummah semesta.
Indah tutur katamu,
Lembut bicaramu,
Sopan tingkah lakumu,
Penuh hikmah sejuta rahsia,
Menjadi penawar dikala duka,
Menjadi teman dikala hiba,
Menjadi pedoman musafir dunia.
Sahabatku sayang,
Engkau mawar dipagari maruah,
Dunia! Dunia! Dunia!!!
Engkau pasti tewas! Engkau pasti tewas!!!
Inilah dia! Inilah dia permata dicari!
Serikandi ummah, permaisuri mahligai Ilahi.
Sayangku padamu kerana Ilahi,
Bertemu berpisah kerana “Al-Khaliq“,
Indahnya hidup dipagari ukhwah,
Hati bertaut dijalan Ilahi,
Bertemu berpisah fitrah insani,
Dialam fana syurga menanti,
Engkau sahabat sejati, tak bisaku cari,
Tanpa hati mencari Ilahi...
Tanpa hati mencari Ilahi...
Sahabatku sayang,
Sepi rasanya hati, pilu menyelubungi diri,
Namun rencana Ilahi, tiada kudratku atasi,
Semoga ukhwah terus bersemi,
Menjadi pewangi dijalan Ilahi,
Menjadi cahaya penyeri diri.
Solat tiang seri, akhlak cermin peribadi,
Manisnya iman di dalam diri,
Bila Allah dekat di hati,
KasihNya sejati penyelamat hakiki.
Sahabatku sayang,
Engkaulah wanita solehah yang dinanti,
Cahayamu gah bak mentari pagi,
Kilauan indah, penyejuk hati,
Semoga teman soleh dicari,
Akan kau temui,
menjadi teman dijalan Ilahi.
Salam sayang kerana Al-Rahim,
Dari insan sahabat sejati,
semoga kita dirahmati Rabbi.
_from tieya with LOVE_
0 comments:
Post a Comment