Ijazah daripada “Universiti Mujahadah”




Assalamualaikum wbt...puji-pujian atas segala kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Pemurah..

Datang kepada Allah dengan membawa hati dan jiwa yang berkalang dosa dan noda. Malu. Tetapi rasa lebih malu, lebih biadap, andainya tidak ada riak-riak sesalan dan taubat atas segala kesilapan. Dengan segala rahmat Allah, keagungan Allah berada didunia dengan rezeki dan nikmatNya, bagaimana boleh seorang hamba yang hina tarafnya mendabik dada bermaksiat, berdosa kepada Tuhan yang Pemurah. Siapa yang zalim sebenarnya?! Dengan keyakinan, sebesar mana dosa hamba, Allah masih sudi memandang dengan rahmat kepadanya, dengan syarat, hamba itu sungguh-sungguh 'pulang' kepada Allah. Hanya Allah-lah selayaknya menilai keikhlasan sebuah taubat seorang pendosa. 

Sakit sungguh rasa melawan nafsu, melawan keinginan sendiri, meninggalkan apa yang teramat sayang di hati (xkisahlah samada itu orang ataupun sesuatu, maksdnya cukup luas). Ya Allah, adakah memang ini bayaran untuk Cinta Agung-Mu? ='( . Terasa langkah kaki yang lemah ini tidak mampu menangung rasa dan kesakitan nya lagi. Allahu Allah.. Engkau lebih tahu, lebih arif atas segala apa yang terjadi. Izinkan izzah ketenangan singgah di sanubari agar ada saat aku rasa lebih tenang dalam langkah ini..mudah-mudahan..

Mudahnya kita berbicara segalanya milik Allah, tetapi dalam sedar atau tidak cukup payah untuk kita sendiri faham apa yang kita katakan. Sabar perlu seiring dengan Redha. Hati perlu faham bahawa setiap apa yang terjadi ada sebab dan musabbab nya. itu Pasti dan ia bukan perkara petik jari. Tuhan dan orang yang melalui nya sahaja tahu betapa sakitnya jalan ini.. ='(

Dalam dibuai rasa sedih yang xhilang-hilang ini, selalu dtg bingkisan peringatan daripada Ilahi. Yang datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah. Sungguh! Dia mendengar suara hati walau ianya tidak meniti dibibir. Terima kasih ya Allah..

Suka dengan artikel terbaru Ust Pahrol dalam blog beliau genta-rasa.com, menjentik segenap rasa kehambaan dengan harapan melahirkan rasa rendah diri pada dosa2 silam..

Baca penuh disini : ANDAINYA HARTAWAN ITU TAHU… Antara intipatinya adalah :-

Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan ganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalanNya.

Juseru, apabila tiba saat diuji – detik perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja), jangan lari, tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat!

Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mehnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya: Hati emas!

Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuh solat lima waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca Al Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu-daya dan kezaliman. Hayatilah sebuah sabda, jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!  

Itulah yang sering diungkapkan oleh para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah), “andainya para hartawan tahu betapa lapang dan tenangnya hati apabila bangun malam, nescaya mereka akan meninggalkan seluruh kekayaan mereka untuk mendapat ketenangan itu!



p/s: Ya Allah, layak ke diri ini nak dapatkan hati emas? ='(


~hanya kepada Allah-lah sebaik-baik tempat kembali~ 



-tieyafathiyah-
30.11.2012

Sabar dan Redha..dua makna yang berbeza..



Assalamualaikum wbt..

Setinggi-tinggi kesyukuran hanya untuk Allah milik Allah secara mutlak, pemilik kehidupan dunia yang sementara, pemilik kehidupan akhirat yang kekal selamanya.. untuk kesekian kalinya, peluang demi peluang diberi olehNya untuk bernafas dalam jiwa hamba.. kenikmatan yang lahir sebagai seorang Islam, hidup secara hidup Islam dan mudah-mudahan mati juga dalam Islam..amin adalah nikmat terbesar daripada Allah..

Kehidupan.. padanya adalah medan kebergantungan seorang hamba yang dhoif kepada Allah yang Maha Kuasa atas segala-galanya. Di janjikan kehidupan dunia untuk mengukur siapa diantara jiwa-jiwa hamba ini benar-benar berTuhankan Allah yang Satu dalam aspek kehidupannya. Menanam tebu dibibir pasti lebih mudah daripada memaknakan setiap bicara dalam kehidupan, apalagi untuk membuatkan hati yang keras ini faham dan sedar diri siapa sebenarnya ia di dunia Allah ini. Seorang hamba, yang tidak punya daya apa-apa hatta keatas dirinya sekali pun tidak layak untuk mempersoalkan apa yang Allah takdirkan untuk kehidupannya. Padanya, pasti.. ia pasti terselit hikmat Allah yang Agung, hanya diri dan hati seorang hamba susah, payah untuk menilai. Segalanya dipandang sempit, sukar dan sesak dada. 

Allah...

inilah kekurangan kami.. Cinta yang ada dalam hati ini..dalam jiwa ini cukup lemah.. cukup sirna cahayanya.. layakkah kami meniti bahtera kehidupan untuk persembahkan cinta akhir zaman ini pada Engkau, Ya Allah.. Cinta kami pada-Mu bukan Cinta Pertama, bukan jua Cinta Utama..tidak seperti bait-bait nasyid yang dendangan halwa telinga. Realitinya, Kau lebih arif apa sebenarnya yang bersarang dalam hati kecil kami.

Ramai orang..oh, ataupun semua orang sebenarnya mudah mengatakan Sabarlah..Redha saja lah.. tanpa faham apa sebenarnya takrifan kedua-dua kalimah hebat itu. Sabar separuh daripada Iman. Iya. Semua orang tahu tentangnya.. tetapi seramai mana yang benar-benar 'hidup' dengan makna tersebut? usahkan orang lain, diri ini..diri ini masih meraba-raba mencari makna itu dalam kehidupan. Mudah benar hati ini tersentap bila di uji, tidak kukuh benar nampaknya hati pada Ilahi..Asstaghfirullah.. pandanglah hati kami ini, Allah.. pandanglah dengan rahmat..pandanglah dengan Maghfirah-Mu.. Jagalah ia sebaik-baik jagaan-Mu..

Sabar & Redha adalah 2 konsep yang berbeza..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

*PANG!*

Masih hati persoalkan kenapa pilih aku ya Allah untuk ujian ini, aku nak mati ya Allah, ak tak nak lalui ujian ni.. aku tak kuat ya Allah..!!!

Ujian itu rencah kehidupan. hambarlah hidup bila asyik manis saja. sesekali Allah lakarkan dalam kehidupan ada hitamnya, ada putihnya.. biar kita lebih menghargai. (mudah-mudahan)

Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)

Mata yang sebenar ialah mata hati.. melihat hikmah dlm ujian Allah juga perlu kpd mata hati.. Dengan bantuan Ilmu, Hidayah..kita akan melihat Allah sebagai sebaik-baik perancang dalam setiap perkara kehidupan. (insya-Allah)

Oleh kerana ujian itu sahabat kehidupan, maka sabar & redha juga perlu menjadi teman akrab perjalanan.. 

*dipetik drpd 1 blog - ini copy paste, mohon baca di karya asal pun bgs juga..klik pd tajuk ya :)..Allah sahaja lah yang memberi ganjaran kpd penulisannya..insyaAllah*

Sabar dan Redha...Antara musibah dan anugerah


Ada dua (maqam) sifat hati dan tingkatan sikap seorang hamba apabila ia ditimpa sesuatu ujian dan musibah; yakni redha dan sabar.Redha merupakan keutamaan yang dianjurkan. Sabar adalah kewajipan mutlak yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin. Insan yg sabar atas sesuatu musibah akan memanggil kepedihan memukul perasaannya. Lagi lama seseorang itu sabar atas sesuatu musibah semakin menebal kepedihan memenuhi hatinya kecuali dengan memiliki sikap redha. Redha ibarat air yg menyejukkan bara api yg sedang menyala.

Orang yang redha, ketika ditimpa musibah, ia akan mencari hikmah ALLAH yang terkandung disebalik ujian itu. Sebenarnya ALLAH telah memilihnya sebagai orang yang tiba giliran utk menerima ujian itu. Dia memahami bahawa ujian adalah jalan Allah untuk menaikan darjat hamba2nya yg DIA sayang,disamping mengugurkan dosa2nya.

Redha adalah ibarat pujukan Allah dengan ilmu dan kefahaman bahawa inilah dari rahmat Allah yg merupakan anugerah pada hamba2nya yg DIA sayang. DIA sekali-kali tidak bermaksud mantijah keburukan dengan ujian yg ditimpa keatas makhlukNYA itu. Orang yang redha, semakin bertambah semangatnya,nikmat dan teduh hatinya untuk taqarrub-ilaLLAH , menenggelamkan diri dalam muayashah dan bermusyahadah denganNYA, dan inilah kenikmatan bagi hati yg dipenuhi dengan rasa CINTA dekatnya Allah dengannya dalam denyutan nadi dan fikirannya. Sehingga tiada terasa sakit dari musibah itu. Orang yang sudah mencapai tingkat ini adalah mereka yang sudah memiliki makrifat dan mahabbahtullah yang tinggi. Mereka merasakan nikmatnya musibah tersebut, kerana melihat sebagai sesuatu yang berasal dari KEKASIH yang amat mereka cintai. Sehingga Allah menaikan darjat hambaNya itu disiNya.

Inilah makna apa yg nabi kata "ajaibnya orang mukmin Apabila diberikan nikmat dia syukur dan apabila mendapat musibah dia bersabar".

Perbezaan antara redha dan sabar; bahawa sabar adalah menahan nafsu dan mengekangnya dari kebencian (sekalipun menyakitkan) dan mengharapkan akan segera berlalunya musibah. Sedangkan redha ialah kelapangan jiwa dalam menerima takdir ALLAH dengan tidak mengharapkan hilangnya musibah itu tetapi menjadikan redha sebagai penawarnya. Sebab di dalam hatinya telah tertanam keyakinan dan makrifat terhadap KEKASIH. 

Dan apabila redha ini telah berakar umbi dalam sanubari, maka dapat menghilangkan semua rasa sakit itu. Hassan Al Bashri berkata “ Barangsiapa yang redha terhadap apa yang menjadi suratan hidupnya, maka jiwanya akan menjadi tenang. Menerima hal itu, dan ALLAH pun akan memberkatinya. Tetapi barangsiapa yang tidak redha, maka pandangannya menjadi sempit dan ALLAH juga tidak memberkatinya”.

Bagi yang faham makna antara sabar dan redha.. hakikat musibah dan anugerah ini sepatutnya berasas malu kepada Allah utk mengeluh terhadap apa ujian yg Allah timpa padanya.

AWAS:" Orang yg tidak dapat memiliki sabar dan redha ini apabila ditimpa musibah ditakuti ditimpa penyakit buruk sangka dengan Allah. Malahan boleh membawa kepada fasiq.. wai'yazubillah"

***************************

suka jugak penerangan pendek yang diberikan sis Insyirah Solehah dalam blog beliau unt entri ini :







segala kebaikan itu daripada Allah...


-tieyafathiyah-
27.11.2012 @2.30am

Adab Memasak ( Doa dan zikir ketika memasak )

klik image unt besarkan & download ye :)


Doa dan zikir ketika memasak.
---------------------------------------

Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.



Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

 

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan

 
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x


----------------------------------------------------------------------------------

* Yang paling penting, kunci utama..Ikhlaskan niat kerana Allah, semoga bila kita memasak, orang beroleh kebaikan dan manfaat daripada makanan yang dimasak.

*SubhanaAllah..molek sungguh hidup bersyariat..Jom..sama2 kita amalkan..seeloknya kita hafal supaya senang atau boleh paste di dapur untuk mudah rujukan..in sha Allah. :)

source : adab memasak dalam islam

Dhiya' ul Dhuha


 

DI SEBALIK MAKNA DOA DHUHA

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...


Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah


Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh
..................................................................

p/s: semoga ada sesuatu yang boleh kita istiqamahkan walaupun selepas berlalunya Ramadhan 1433H ini..

bukan perubahan yang major menjadi persoalan..tapi perubahan yang kekal sebati menjadi amalan lebih di aula kan :)

Ramadhan kali ini mungkin Ramadhan yang Terakhir buat kita.. Allah..ampuni kami, limpahkan maghfirah-Mu..ameen~   

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis  

بسم الله الرحمن الرحيم
 
-Syair-

Jika Tuhanku bertanya pada ku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
dan datang padaKu dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui

Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..
Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?

Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 

Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?

Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?

Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA
Dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..

Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..

 

Versi Bahasa Arab Syair yang Membuat Imam Ahmad Menangis

إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أمَا استحييتَ تَعصينِي … وتُخفي الذَّنبَ عن خَلْقي وبالعصيان تأتيني
فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني … أسلي النفس بالآمال من حين إلى حينِ
وأنسى ما وراء الموتِ ماذا بعدُ تكفيني … كأني قد ضمِنْتُ العيشَ ليس الموت يأتيني
وجاءت سكرة الموتِ الشديدةُ من سيَحْميني … نظرتُ إلى الوجوهِ أليسَ منهم من سيفديني
سأُسْأَل ما الذي قدَّمتُ في دنيايَ يُنجيني … فكيف إجابتي من بعدُ ما فرَّطتُ في ديني
ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني … ألم أسمع بما قد جاء في قافٍ وياسينِ
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني … ألم أسمع منادي الموتِ يدعوني يناديني
فيَا ربَّاه عبدٌ تائبٌ من ذا سيأويني … سوى ربٍّ غفورٍ واسعٍ للحقِّ يهديني
أتيتُ إليك فارحمني وثقِّل فِي موازينِي … وخفف في جزائي أنت أرجى من يُجازيني

--------------------------------------------------------------------------------------------

*kalau seorang yg bergelar imam ini begitu lembut hati nya, bagaimana hati kita? tanyalah hati..hanya kita yg tahu jawapannya :(

 

up