pengalaman baru cik tieya :D

assalamualaikum wbt..

harapan saya semoga semuanya berada dalam lindungan rahmat & kasih syg Allah.. terima kasih kerana masih ada yg sudi membaca entri saya yg ntah ape2 nie.. (saya xpandai menulis, stp kali menulis wse macm melalut je benda2 lain..ape2..yg baik itu dtg dari Allah.. dan segala kekurangan itu dari kelemahan yg disandarkan kpd sy..ambik yg baik aje ye :)


awak join recreation? bior betoi.....
___________________________


alhamdulillah.. alhamdulillah... alhamdulillah..

hanya itu kalimah yg mampu sy lafazkan.. pengalaman 3hari 2 malam menyertai camping untu skill recreation..cukup menguji sy dalam banyak segi.. hilanglah yg ayu.. yg lembut.. yg manje.. yg control2 tu haa.. yg ada..hanya yg 'rock2" je dalam kem ni..hihi

saya bersama team yang lain bertolak ke Chini jumaat lepas.. mulanya excited..tp lepas tu 'exhausted' yg teramat.. meh sy cite dari awal ye.. ;)

setiap kali saya bgthu org sy register unt skill recreation, mesti orang terkejut.. kenapa? sy pun xtahu.. dorang cakap : 'eh..xsangka laa".. hihi.. hmm.. ke sbb sy x cukup 'rock" or mmg recreation hanya sesuai untuk lelaki.. sbnrnya mmg sy bukan jns yg rock2.. sy mcm biasa.. normal muslimah.. tp sy suka cuba benda baru.. kesempatan pilihan skill di UIAM buat saya rasa rugi kalau just amik yg biase2.. yg pegi kelas balik kelas.. boooooringg!! teeet!!

so, sy ajak kwn sy, along join sekali skill ni.. alhamdulillah..skill recreation 1 kami survive.. tempatnya pun selesa.. relax je.. berbeza mcm join2 kem yg lain.. terkejar2..rec 1 dulu kami relax betul... mandi mcm puteri aje :D

haaa.. kesabaran.. kekuatan dalam & luaran benar2 teruji bila kami di rec 2 hari tu.. 3hari 2 malam yg cukup panjang.. amat! wse mcm masa merangkak je.. rindu teramat kat cafe..kat uia.. kat bilik.. specificallh kat teman tidur yg comel incik ulat! teeehee~

rindu3x semua tu..:'( yang ada disana..kesusahan..lumpur..hujan..air tasik.. sangat susah.. basically..mmg kami kne survival.. semuanya terhad..

team sy ada 12member..ramaikan? 7 brother & 5 sister termasuk sy.. brother lagi ramai sbb skill ni mmg x ramai sister yg nk join..huhu.. mrk suka join jahit2..masak2..or swimming.. geng2 sy pun hanya sy n along yg masuk.. (kira hebat la jugak tu kan..hihi)


pengembaraan bermula
___________________


hari jumaat tu..tepat pukul 12 malam kami bertolak dari UIA terus ke Chini.. tinggal sume connection sy dgn dunia luar.. lappy.. bb.. hp.. jam.. facebook, twitter.. kedai online sy (^_^) semua sy tinggal..huhu.. jadi, pertama kali sy ke Chini.. maklumlah, asyik xberpeluang je nk jalan2..huhu.. excitednya laa hai.. gaya mcm nk g bercuti sy n kwn punya beg.. besar! gabak! hampir semua kami nk bwk..hehe.. alaa..cam xbiase je org pempuan kan.. barang banyak coz semua penting bagi kami :D

dalam pukul 5 mcm tu kami sampai ke Chini.. dingin.. biaselah..tasik..kabusnya tebalkan.. tp best! after subuh & siapkan diri sume, kami di briefing untuk track yg akan kami lalui untuk ke campsite. after that, kami kena cross river pakai jaket keselamatan tu.. dalam weyh tasik tu.. xde jaket tu.. boleh qoolu sy..dah la xpandai berenang kot! jauh jugak laa kena cross..huhu..1st time sy buat..(mungkin itulah yg kali terakhir..huhu)

kami kena baca bearing sume..sy x reti pun baca..action je bercompas segala..hehe..sy tgk2 jelah dak group buat..nasib baik lah dalam group sy ramai pulak dah engin..dorg kan pepandai orgnya..so, dorg lah lead.. kami mengekor je dorg..hehe..

after dapat bearing untuk campsite, kami mulakn perjalanan.. awal2 tu..ok lg.. bertenaga sbb baru makan ayam goreng! masuk jam ke 2.. dengan beg 2x ganda besar dari badan sy.. tenaga makin bersisa..letih..dahaga.. sakit kaki.. sakit bahu.. berperang dengan pacat dll..

tengah2 perjalanan tu, kami terpaksa berhujan & berpanas unt sampai ke campsite.. Tuhan je tahu penat mendaki dengan beg dekat 10kg tu :(

sesampai je kami kena buat khemah..guna bahan natural spt daun.. 1khemah je kena kongsi.. yg susahnya bg kami yg pempuan.. aurat nk tukar pakaian sume..aduhai.. susah sgt wse.. lelaki ramai..huhu..

lg satu bila nk qada hajat..adoyai..even ada tandas (yg dibuat) tp still..sangat susah sbb air kena amik dr tasik..jauh ke dlm hutan..gelap skit je..seram plak wse nk g qada' hajat..hee..

hampir semua kami rasa.. minum air hujan..bila hujan je tadah air.. nak buat minum.. tido dalam hujan menitik2..sejuk sampai terketar2..huhu.. makanan..alhamdulillah...berat2 beg kami penuh makanan..so banyak jugaklah stock makanannya :)

1je yg sy xkan lupa sampai bila2..ukhuwwah & team work.. sy cukup kagum dgn semua group member esp yg muslimeen.. mrk sgt protective.. ms mendaki..banyak tlg angkatkn beg.. bukak laluan dll.. masa kat campsite tlg masak... kami yg pempuan buat keje yg ringan2 je..spt basuh pinggan, kemas2 je..hihi.. bagus betul! & kami rasa close berbanding rec 1 sbb mlm2 ada sharing moment..so, sangat best!! hanya itu yg saya nk simpan dalam memori.. yg tension2, yg stress2 sy nk buang dlm Tasik Chini..huhu. (tipulaa sy x tension)

kenapa sy wse tension & stress?

hmm.. keranaa, itula pertama kali kami merasa susahnya bila semua nikmat keselesaan yg kita rasa skrg hilang..xde.. nikmat air bersih.. nikmat makanan sedap2..nikmat tido ats tilam yg empuk, nikmat mandi.. nikmat elektrik.. dll.. disana..saya belajar apa itu SABAR & SYUKUR.. 2 perkara yg selalu kita sebut tapi jarang atau susah kita nak apply dlm hidup.. cakap mmg senang sabar2..tp bila tiba time kita kena sabar.. kita mudah melatah.. salahkan takdir.. mengeluh, menyesal.. sy x kata org.. itu juga diri sy.. begitulah saya.. susah skit sedih..tension..& mengeluh.. even semua tu sy tahu xelok tapi still sy buat :(

banyak lg yg sy belajar.. sy belajar menerima kelebihan & kekurangan org lain disana..krn mrk sebahagian dari sy..

lagi 1..kalau org lelaki dengar mesti dorg suka.. hehe.. sepanjang di camp tu..tetb sy terpikir
"hmm.. lelaki boleh hidup kan agaknya tanpa pempuan" .. sbb dorg buat semua benda.. dari bina shelter, masak2..sedap pulak tu...hihi..dll tp kami, org pempuan susah kot if xde org lelaki.. 'sesat' lah kami :) jadi, pimpinlah kami, ar-rijal.. bantulah kami menjadi bidadari di bumi & di Syurga nanti..aaamin.


nak cite panjang lagi..tapi cukuplah dulu.. assignment tengah queue tu ^^..see u next time..daaa..wassalam~



salam maal hijrah 1433H :)




~from tieya with LOVE~

erti cinta itu bersamanya diSyurga


Assalamualaikum wbt.....


bestnyaaaa entri hilal asyraf ni..saya sgt suka.. izinkan sy kongsikannya dengan anda ya.. mudah2han kita amik mana yg baik.. ingat tau! if suka seseorg, bagitahu dia cecepat..sbb itu pun satu tanda USAHA :))


enjoy your reading....


--------------------------------------------xxxxxxxxxx----------------------------------------


Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”


Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?


Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.


Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.


Apa itu cinta


Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.


Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.


Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.


Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.


Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?


Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.


Yang saya kata bercinta sebelum kahwin


Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.


Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.


Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.


Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.


Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.


Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.


Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.


Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.


Hendak masuk syurga bersamanya.


Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.


Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?


Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^


Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.


Siapa kata tiada? ^^


Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”


Pernah dengar ayat macam ini?


Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.


Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^


Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?


Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?


Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?


USAHA.


Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????


Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?


Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.


Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?


Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.


Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.


Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.


Tawakkal Buta?


Jangan sekali.


Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama


Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.


Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.


Cinta sebelum kahwin ada.


Dan.... Siapa kata couple=cinta?


Boleh tukar definisi tu semula. ^^



ori source: https://www.facebook.com/notes/hilal-asyraf/couplecinta-saya-kata-tidak/2202426305599




~ seorang hamba,

Hilal Asyraf

http://langitilahi.com

http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643


up