Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis  

بسم الله الرحمن الرحيم
 
-Syair-

Jika Tuhanku bertanya pada ku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
dan datang padaKu dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui

Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..
Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?

Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 

Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?

Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?

Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA
Dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..

Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..

 

Versi Bahasa Arab Syair yang Membuat Imam Ahmad Menangis

إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أمَا استحييتَ تَعصينِي … وتُخفي الذَّنبَ عن خَلْقي وبالعصيان تأتيني
فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني … أسلي النفس بالآمال من حين إلى حينِ
وأنسى ما وراء الموتِ ماذا بعدُ تكفيني … كأني قد ضمِنْتُ العيشَ ليس الموت يأتيني
وجاءت سكرة الموتِ الشديدةُ من سيَحْميني … نظرتُ إلى الوجوهِ أليسَ منهم من سيفديني
سأُسْأَل ما الذي قدَّمتُ في دنيايَ يُنجيني … فكيف إجابتي من بعدُ ما فرَّطتُ في ديني
ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني … ألم أسمع بما قد جاء في قافٍ وياسينِ
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني … ألم أسمع منادي الموتِ يدعوني يناديني
فيَا ربَّاه عبدٌ تائبٌ من ذا سيأويني … سوى ربٍّ غفورٍ واسعٍ للحقِّ يهديني
أتيتُ إليك فارحمني وثقِّل فِي موازينِي … وخفف في جزائي أنت أرجى من يُجازيني

--------------------------------------------------------------------------------------------

*kalau seorang yg bergelar imam ini begitu lembut hati nya, bagaimana hati kita? tanyalah hati..hanya kita yg tahu jawapannya :(

 

Sekadar Resolusi atau satu Transformasi? ^^

assalamualaikum wbt...


semoga semuanya dalam limpahan kurniaan nikmatNya & peringatanNya :)

alhamdulillah..itulah satu kalimah agung untuk mensyukuri setiap detik waktu yg masih Allah beri kpd setiap hambaNya termasuklah saya.. Alhamdulillah.. kami pelajar UIAM kini sedang menghadapi fasa akhir sem ini..insyaAllah..iaitu Demam Final Exam!! :( . Itulah..masa nie bergerak xde pun nak tunggu kita..berlalu..berdetik..tiktoktiktok..tahu2 dah hujung sem and 1 ape pun xstudy lagi..huhu..maen redah je la jwpnya..

alhamdulillah (ucap banyak kali..banyak pahala..hihi) pg td sy exam 1st paper & it's gonna be my last paper of Arabic in IIUM..level 6 already..(tapi jangankan suh cakap arab ye..tny yg susah2 sket pun..sy mampu nganga aje..hehe) tp insyaAllah, nanti ada anak sendiri bolehlah ajar anak yg basic2 tu..haha..iiiiinsyaAllah~

hari ni 31/Disember/2011 dan skrg pukul 5.42 ptg smsa sy tulis ayat nie..hmm..2011 dah pun nak pegi.. apalah agaknya yg menunggu kita di 2012 ye? umm..ntah kenapa..tetapi saya cukup x sabar nak 2012..selain dari tahun tu mcm cantek je..tp..ntahlah..sajee..suka..mudah2han hanya yg baik2 menanti kita pada 2012 ya.. in case ada yang x baik sekalipun..semoga Allah kurniakan/pinjamkan kekuatan DIA untuk kita harungi dugaan itu nanti..ameen..

2011
------

terlalu banyak benda manis yg bakal sy tulis dalam diari hidup sy & sy akan ingat sepanjang hayat.. terlalu banyak..dan semuanya terlalu indah.. xtergambar dek kata2.. & ia akan kekal dalam ingatan sy..^^

------------------------
keluaga itu nyawa saya
------------------------

bermula dengan keluarga.. alhamdulillah..sehingga ke hari ini, kami adik beradik masih & akan sentiasa ingat pesanan arwah mak : "hiduplah spt 5 jari ni (mak tunjukkan pd tgnnya) kalau 1 jari xde..or sakit..semua jari dah xboleh guna"..jangan bergaduh..kamu semua ada 5 orang nie je..hidup baik2.." Allah.. itulah amanat arwah ibu yg tidak akan dilupa sampai bila2...tidak akan! semoga doa kami kpd Ibu sampai kpdNya & Allah tempatkan Ibu ditempat orang2 yg solehah. mak kena tunggu kami ye..1hari nanti..kita akan bersatu kembali :')) insyaAllah ~

-----------------------------
kasih & syg mrk nafas saya
-----------------------------

habis tentang family.. beralih kepada 1 lagi kurniaan Allah yg sgt istimewa buat sy.. iaitu sahabat2 saya..Allahuakbar.. sungguh ukhuwwah itu terlalu indah.. kami menangis..kami gembira..gelak..semuanya kami buat sama2.. 4 tahun di UIA adalah hari2 yg terlalu sy rindui bila sy di rumah.. gelak tawa kawan2 & shbt2 yg sy syg sgt kerana Allah buat sy xnak cuti lama2 kat rumah :) mrk telah sy anggap spt diri sy.. sy syg mrk spt sy syg diri sy.. bila mrk menangis..memang dengan sy2 menangis..sbb sy melihat diri sy dlm diri2 mrk..itulah indahnya ukhuwwah.. kami bertemu & bakal berpisah (sob..sob..sobs) semua lillahi Taala..:') . Ya Allah, rahmatilah setiap dari kami..peliharalah kami dalam jagaan Cinta-Mu.. peliharalah iman kami...andai kami terpisah di dunia..satukanlah kami kembali di Syurga-Mu..ameen..

--------------------------------
diri ini hanya milik Tuhan saya
--------------------------------

Alhamdulillah.. sungguh tahun 2011 adalah tahun yg paling banyak sy menerima peringatan dari Allah.. Allah 'menegur' cara hidup saya.. diri saya.. semuanyalah & semua itu alhamdulillah.. tanda DIA masih ingat kpd hamba DIA yang bernama "Fathiyah".

apepun, yang saya harapkan rasa istiqamah di jalan Allah itu kekal sampai bila2.. istiqamah pd rasa takut kpdNya..istiqamah mencari cintaNya..supaya bila buat sesuatu..semuanya unt Allah.. untuk capai level tu..saya rasa tidak mudah.. ada mujahadah.. ada jihad yg paling besar kena lalui..iaitu jihad melawan hawa nafsu..diri sendiri & etc.

saya sedar 1 benda : " Orang yang baik..bukanlah org yg sedia baik..krn kita manusia..fitrahnya.. seorg yg baik itu adalah org yg sentiasa membawa perubahan kpd diriNya..perubahan itu mestilah kearah kebaikkan" . & sungguh Allah tidak menilai hasilnya tetapi sejauh mana hambaNya berusaha untuk mencapainya..Allahu Allah....

2011 juga akan saya abadikan sbg tahun sy berhijrah..bukan saya je..semuanya tentang saya.. cinta sy juga berhijrah..iaitu kembali kpd Pemilik Cinta Agung..alhamdulillah.. ^^,

maka dengan itu..sy sgt berharap agar tahun 2012..yang masih panjang..kalau diizinkanNya..supaya nikmat Islam & Iman akan sentiasa di rasai kemanisannya oleh semua ummat manusia.. Islam bukan unt org yg dah sedia Islam je..tapi unt sekalian alam..seluruh ummat manusia & seisi dunia.. kita menjaga hubungan sesama manusia..itu Islam. kita menjaga hubungan dgn makluk2 Allah yg lain..itu juga Islam. jadi konklusinya..Islam bukan hanya pada solat..puasa shj..tp seluruh aspek hidup seorang manusia :)

saya nak nukilkan juga resolusi unt 2012..(untung2 nanti2 agak2 lupa..saya boleh refer..kan^^)

pertama sekali..saya nak berubah!! sungguh! teringat pulak status Afdholul Rahman of LI tadi (saya pinjam ye akhi..) :

" Perubahan tidak datang dengan sendiri,

Melainkan dengan keinginan dan cita-cita yang tinggi,

Yang berpaksi pada Ilahi."


masa baca je..terus zuuuup!! tepikir..apakah itu yg sy niatkan?? atau apa asas niat sy selama ini??

hmmmm....

ada benda yg ingin saya transformasikan pd tahun 2012 nie:

kepada family terchenta
--------------------------

pertama, saya nak lebih rajin telefon abah.. saya syg abah.. abahlah satu2nya insan yg masih ada unt sy.. selamanya saya sayang abah..isk2 :'(

kedua, saya nak baiki lagi keakraban dengan akak2 & abg2 sy.. even anak bongsu, tidaklah diri ini manje orgnya.. berdikari dari mula.. membuatkan sy xbrape pandai bermanje :D

hmm..dua je kot..itupun harapnya mampu!! *yoosh!!*

kepada diri saya
-----------------

pertama, saya nk tutup aurat dengan lebih sempurna :( & saya kena ingat yang sy tutup aurat nie bukan sbb nk lelaki or akhwat kata sy solehah..sy baik.. tp tutup aurat unt "please Allah"!!

kedua, saya nak latih diri lebih suka & cepat membaca..sgtlah tension bila membaca je bertangguh2.. sikap bertangguh tu yg saya nak buang dlm Sg Pusu! huh!

ketiga, saya nak latih diri lebih menghormati masa & lebih organize sket hidupnya..& lebih rajin sket! hmm..emangnya sy kena sgt pentingkan ms..sbb fokus ada dua..belajar & bisnes..dua2 sama penting! teehee~

keempat, saya nak latih diri bangun sebelum subuh!! tooooolong..bila tido pukul 3 or 4pg..sgtlah mustahil..tp sure boleh punya kalau niat kita baik kan!! mcm kata Hilal Asyraff tadi (pinjam ye akhi Hilal) :
"Bila Allah bagi saya bangun sebelum masuk waktu Subuh,
saya sentiasa rasa itu adalah anugerah yang besar dalam kehidupan saya."
kelima, saya berharap agar lebih istiqamah dalam setiap apa yg saya niatkan & lakukan didunia.. kdg2 takut kalau kita tergolong dlm golongan org yg ckp je kebaboooom tapi..hampeh 1 benda pun xbuat! Allah x suka org mcm tu tahu! *take note ye fathiyah!*

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” [Ash-Shaff (61):2-3]

keenam, Ya Allah..izinkan diri yg hina bertatih meraih cinta-Mu.. perjalanan yg jauh itu..rasanya terlalu jauh jika tanpa redha & kekuatan dariMu..


Akhirnya..saya berharap & sentiasa berdoa..agar senyuman2 ni akan sentiasa mekar dlm lembaran kehidupan saya.. Allah..aku sayang mrk2 ini kerana Mu, Ya Allah.. jagalah kami selamanya ♥

*adios 2011..Assalamualaikum wbt 2012..dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim membuka lembaran kehidupan yg baru untuk 2012..insyaAllah :))


bingkisan senyuman 2011 :) 


bye..bye 2011..assalamualaikum 2012...bismillahirrahmanirrahim...



...............finn...............





tieya's with love
31/12/2011
5.42pm
f.3.5 (C), Asiah, UIAM, Gombak





Hajat itu ku panjatkan kepada-Mu, ya Allah


assalamualaikum.. semoga semua sentiasa dalam barakah cinta & kasih sayang Allah :)



Abdullah bin Abi Aufa r.a menceritakan: Rasulullah keluar bertemu kami pada suatu hari. Baginda duduk lalu bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia, hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya, kemudian tunaikanlah solat dua rakaat, seterusnya memuji Allah, berselawat keatas Nabi s.a.w. dan mengucapkan , " Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri ini melainkan ( kepada ) Allah, Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mulia, Maha suci Allah, Tuhan Arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguruskan semesta alam. Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu, kepastian keampunan-Mu, dan kemenangan daripada segala kebaikan dan keselamatan daripada segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Engkau ampunkan. Tiada kesalahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yang Engkau redhai melainkan Engkau tunaikan, wahai Yang sebaik-baik Penyayang. (HR al-Tirmizi)




tieya's with love
11/12/2011
9.51am
F-3.5(C), Asiah, UIAM Gombak.

Andainya Rasulullah masih ada.. aku ingin sekali mendengar dan melihat baginda berbicara..


Andainya Rasulullah masih ada.. aku ingin sekali mendengar dan melihat baginda berbicara...


Al Hasan bin Ali r.a meriwayatkan:

" Aku pernah bertanya kepada pak cikku, Hindun Ibnu Abi Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, " Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah berbicara".

Lalu dia pun berkata, " Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat prihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan baginda dengan menyebut nama Allah.

Ucapan baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas - tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda tidak pernah mencela mahupun memuji makan. Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan berdiam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjuk sesuatu, baginda selalu menggunakan tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut. Baginda selalu membalik (telapak tangannya)

Ketika berbicara, baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, baginda menundukkan pandangan. Tawa baginda adalah senyuman, dan gigi baginda kelihatan seperti butiran salju " (HR al-Tirmizi)

p/s; subhanaAllah..itulah dia junjungan rasul yg mulia.. penuh kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupannya.. kekasih Allah ini akhlaknya adalah al-Quran : Aisyah RA, ”Akhlak beliau (Rasulullah) adalah Alquran.” (HR Abu Dawud dan Muslim).



2.18am 11/12/2011
~tieya's with love~

up