semua itu Aku...




Akulah yang kau kenali itu.....


Akulah itu,

yang kau kenal dulu,

punya cita yang tersimpan

punya hasrat disanggah.

punya impian membisu

punya cinta yang hilang.

namun punya tekad yang nekad

melangkah tanpa menoleh

terkadang rindu sesekali menyapa disegenap masa lalu.


Akulah itu,

gadis yang kau pernah tahu,

menangis dalam hati

merayu pada nasib yang tak pernah menyebelahi

mengikut kehendak yang patuh pada harapan

harapan kepada insan yang bergadai nyawa yang membesarkan

hanya mahu keberkatan,

disepanjang perjalanan kehidupan.


Akulah itu,

yang tak punya apa-apa untuk dibanggakan

hanya doa kukuatkan

moga perjalanan dilindungi oleh Tuhan

kerana disekeliling belum tentu berhati indah suci

kadang-kadang berwajahkan cantik namun bertopengkan syaitan

terlalu banyak yang menyesatkan

terlalu sedikit yang memimpin kearah kebenaran

kekuatan hati dan takwa padaNya aku serahkan

pohon keredhaan untuk mewarnai kehidupan.


Akulah itu..

yang banyak meniti dari berlari

yang banyak mengejar bayang

dari mendongak ke awan mengejar pelangi

terlalu banyak laluan yang keliru

hingga terkadang aku terjatuh

dan tersungkur aku sendiri

bangun semula sambil berpaut pada kekuatan diri

mara dan terus mara kerana tak mahu berpaling lagi

sekalipun yang terjatuh meninggalkan kesan dihati

namun aku pasrah pada takdir ilahi.


Akulah itu..

yang mencapai pada bahumu

menumpang berpaut saat kaki tak berdaya melangkah

cukup pilu pada cinta yang tiada kepercayaan

cukup hampa pada rindu yang sepi

cukup lemah pada kata-kata fitnah

cukup sedih pada manusia yang suka menghukum

menghukum sebelum dibicarakan

bicara pada kesilapan manusia

manusia yang memang biasa mencari kelemahan

kelemahan pada kekurangan manusia lain

hakikat setiap kelemahan itulah kekurang dari diri mereka sendiri.


Akulah itu...

yang kian terima takdir hidupku

kerana laluan yang ditentukanNya begitu

aku redha pada laluan ini

dan sampai masa aku akan pulang sehabis usiaku nanti

kerana aku hanya manusia yang hanya melakonkan watak

dalam cerita yang telah ditentukan olehNya

di atas pentas alam ciptaanNya

terkadang aku juga melanggar arahan

kerana kadang- kadang aku terlupa

watak dan peranan aku didunia

kerana bukan sengaja sehingga aku terlupa

kerana leka keasyikkan dunia buatkan aku tersasar dari landasan

landasan yang tersimpan dari rahmat Tuhan.


Dan akulah yang kau kenali itu...

masih kuat pada hati yang menyintaiNya

dengan mula mengatur langkahku

dan sesekali menoleh seketika kebelakang

menoleh untuk mengutip penawarnya

untuk dibuat bekalan saat kaki terus melangkah...


kerana aku percaya....

cintaku akan kekal dihati, kekuatan itu pada jiwa yang indah bercahaya.


♥


source: http://hatikuduniaku.blogspot.com/2011/02/akulah-itu-yang-kau-kenal-dulu-punya.html


~tieya with LOVE~

Cahaya Hati

klik tau..:)

Lirik Lagu Opick – Cahaya Hati


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

♥


*syahdu sgt2 bila dgr lagu nie...isk2..T__T


~tieya's with LOVE~

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah?


assalamualaikum w.b.t buat anda yg saya sayangi..

ingin sy kongsikn entri ini.. if ada yg tgh frust..sakit hati,seksa jiwa dan perasaan..esp..dlm mencari cinta manusia.. percayalah..Cinta Allah Maha Setia.. tidak menduakn.. tiada istilah curang dll.. CintaNya Sempurna..Allahuakbar~...Selamat mencari mutiara dlm entri ini..;)


♥♥♥♥♥


Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah...
--------------------------------------------------------------------------------------


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


* dan sesungguhnya..Cinta yg Benar & Sempurna hanya bersamaNya......


jazakallah~


tieya's with LOVE~ ♥

inginkan anak-anak yang soleh dan solehah?


  1. Puji-pujian bagi Allah a.w.j

  2. Al-Fatihah

  3. Membaca 3 Qul (Al-ikhlas, Al-falaq dan An-Nas)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ {1}

اللَّهُ الصَّمَدُ {2}

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ {3}

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ {4}


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ {1}

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ {2}

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ {3}

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ {4}

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ {5}


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ {1}

مَلِكِ النَّاسِ {2}

إِلَهِ النَّاسِ {3}

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ {4}

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ {5}

مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ {6}

Surah Ali-Imran ayah 38:

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Rabbi habb-li min ladunka zurr-rie-ya-tan thoi-yii-ba-tan in-na-ka sami-ud dua’

Wahai tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Menerima doa Permohonan. (3 kali)


Surah As-saaffaat ayah 100:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Rabbi habb-li minas solehin

Wahai Tuhanku, Kurniakan kepada dari golongan orang-orang yang soleh.(3 kali)


Surah Ibrahim ayat 40:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

Rab-bij-al-ni muqimas-solah wa min-zurr-rie-yati , rabbana wa taqabbal dua’

Wahai Tuhanku, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan ku. (3kali)


Rabbi yasir wala tu a’ sir wa tam min bi khair.

Ya Allah, berikanlah kepada diri ku segala kemudahan dan jangan lah engkau susahkan.


*untuk mendapat zuriat dan keturunan yg soleh dan solehah..pasangan mestilah yg baik jg.. dan unt mendapat pasgn yg baik perlulah ada proses utk mendidik diri menjadi insan yang terbaik..:)..insyaAllah...dan pilihan ditgn kita..kan? :)


tieya's with love~

↑
up