'Hibah' teristimewa untuk yang MencintaiNya..

Assalamualaikum wbt...


membaca artikel ini memberi sedikit keinsafan buat diri yg hina.. mendapat teguran,peringatan dari seorg shbt membuatkn diri rasa masih bertuah.. kerana masih ramai yg sayangkan diri ini.. terutamanya DIA.. sedetik pun tidak pernah DIA tinggalkan diri ini.. sayangnya terlihat pada setiap yg berada disamping diri.. Syukran CINTA.. kerana Engkau tidak pernah tidak mencintaiku.... Cinta Mu terlihat pada setiap kasih sayang sahabat2 diri..~


ini juga untuk saya dan untuk anda.. KEKUATAN..insyaAllah..:)



LOVE,


tieya

...........



Hadiah untuk perempuan. Hadiah untuk lelaki. Yang beriman.

by Abu Hanifah on Thursday, January 6, 2011 at 12:37pm


Satu hadiah untuk perempuan. Yang beriman.


Satu hadiah untuk lelaki. Yang beriman.


Walaupun pada asalnya saya menghadiahkan hadiah itu kepada mereka, saya kira pembaca-pembaca Langit Ilahi juga patut mendapat hadiah yang sama daripada saya. Tinggal, mereka yang hadir di grand ifthar, istimewa sikit sebab saya sampaikan ikut mulut saya terus. Di langit Ilahi, hanya sekadar tulisan sahaja yang saya mampu usahakan. Dan hakikatnya, hadiah yang saya berikan itu bukanlah hak milik saya.Tetapi ia adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita semua.



>>Hadiah untuk perempuan yang beriman


Apakah hadiah yang saya hulurkan kepada perempuan yang beriman?


Itulah dia ayat Allah SWT:

“Dan janganlah kamu(wahai lelaki) berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya(perempuan kafir musyrik itu) menarik hati kamu…” Surah Al-Baqarah ayat 221.


Perempuan yang beriman, adalah perempuan yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba abdi, hamba sahaya, yang standardnya rendah di mata manusia. Perempuan beriman, adalah yang tertinggi, terbaik di sisi Allah SWT.


Begitulah yang berlaku pada diri Ummu Aiman RH, Sumaiyah RH, dan lain-lain sahabiyyat di zaman Rasulullah SAW yang diangkat mulia walaupun mereka hanyalah hamba sahaya.


Ini merupakan pengiktirafan khas daripada Allah SWT.


Hadiah terindah daripadaNya, yang saya sampaikan untuk kita melihat semula akan diri kita.


Apakah kita merasa izzah(bangga) dengan keimanan yang wujud pada dalam diri kita?


Perempuan beriman, tidakkah kamu merasa berharga dan mahal?


Hatta hamba sahaya perempuan yang beriman, nilainya lebih bagus daripada Queen Elizabeth, Britney Spears, Angelina Jolie, Yui Arigaki, Song Hye Kyo dan lain-lain. Walaupun mereka itu, mengkagumkan, mengiurkan, di mata-mata lelaki hari ini.


Tidakkah kamu merasa keperluan menjaga harga diri dan keimanan kamu wahai perempuan beriman?



>>Hadiah untuk lelaki yang beriman


Apakah pula hadiah yang saya berikan kepada lelaki yang beriman?


Hadiahnya adalah firman Allah SWT juga, dari ayat yang sama, selepas ayat ‘hadiah’ kepada wanita beriman tadi:

Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” Surah Al-Baqarah ayat 221.


Lelaki yang beriman, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang beriman, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT.


Inilah yang berlaku pada Bilal bin Rabah RA, kepada Zaid Ibn Harithah RA, dan lain-lain sahabat Rasulullah SAW yang diangkat mulia walaupun mereka hanyalah hamba sahaya.


Inilah dia pengiktirafan khas daripada Allah SWT.


Hadiah terindah dan termahal daripadaNya, yang saya sampaikan untuk kita melihat diri kita semula.

Lelaki yang beriman, tidakkah kamu merasa berharga dan mahal?


Hatta hamba sahaya lelaki yang beriman, nilainya lebih bagus daripada Raja Charles, Tom Cruise, Takuya Kimura, Rain dan lain-lain. Walaupun mereka itu, mengkagumkan, mengiurkan, di mata-mata perempuan hari ini.


Tidakkah kamu merasa keperluan menjaga harga diri dan keimanan kamu wahai lelaki beriman?



Keimanan, membuatkan hidup seseorang itu mempunyai nilai


Orang yang beriman hidup punya matlamat yang jelas. Dia beriman bahawa wujudnya Allah untuk dia menghambakan diri dan dia beriman bahawa wujudnya akhirat untuk dirinya dihitung nanti.


Sebab itu orang yang beriman adalah orang yang serius dalam kehidupannya. Dia tidak membazir masa, dia berakhlak dan dia sentiasa menjaga hubungan dengan orang lain di sekelilingnya. Dia sentiasa berjuang untuk menjadi yang terbaik. Dia membenci dosa, dan sekiranya dia jatuh ke lubang dosa, dia akan segera keluar membersihkan dirinya.


Siapakah yang lebih baik dari manusia sebegini rupa?


Dan inilah yang tidak dilihat oleh manusia.


Bagaimanakah kita melayan keimanan kita?


Bagaimanakah kita melayan keimanan di dalam kehidupan kita?


Apakah kita menjaganya? Apakah kita mempertingkatkannya? Apakah kita menyebarkannya?

Atau kita membiarkannya? Atau kita menurunkan kualitinya? Atau kita menghalang orang dari lebih memahaminya?


Kita adalah yang tertinggi sekiranya kita beriman.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Surah Ali Imran ayat 139.


Dan siapakah yang benar-benar memahaminya dengan amalan?


Tidakkah kita menghargai hadiah daripada Allah ini?


Allah sendiri mengiktiraf.


Apakah yang telah kita lakukan dengan pengiktirafan yang mulia ini?


Soal diri, apakah benar kita hamba Ilahi yang sejati.



Oleh Hilal Aysraf




sahabatku sayang

SAHABATKU SAYANG

Sahabatku sayang kerana Ilahi,
Berlalu waktu buraq melangkah,
Kerdipan bintang sinaran rembulan,
Kini hilang senja menjelang.

Sahabatku sayang,

Engkau ibarat mutiara dipinggir samudera,
Begitu berharga kilauan bercahaya,
Akhlakmu indah penyeri buana,
Imanmu teguh seutuh angkasa,
Menjadi harapan ummah semesta.

Indah tutur katamu,
Lembut bicaramu,
Sopan tingkah lakumu,
Penuh hikmah sejuta rahsia,
Menjadi penawar dikala duka,
Menjadi teman dikala hiba,
Menjadi pedoman musafir dunia.

Sahabatku sayang,

Engkau mawar dipagari maruah,
Dunia! Dunia! Dunia!!!
Engkau pasti tewas! Engkau pasti tewas!!!
Inilah dia! Inilah dia permata dicari!
Serikandi ummah, permaisuri mahligai Ilahi.

Sayangku padamu kerana Ilahi,
Bertemu berpisah kerana “Al-Khaliq“,
Indahnya hidup dipagari ukhwah,
Hati bertaut dijalan Ilahi,
Bertemu berpisah fitrah insani,
Dialam fana syurga menanti,
Engkau sahabat sejati, tak bisaku cari,
Tanpa hati mencari Ilahi...
Tanpa hati mencari Ilahi...

Sahabatku sayang,

Sepi rasanya hati, pilu menyelubungi diri,
Namun rencana Ilahi, tiada kudratku atasi,
Semoga ukhwah terus bersemi,
Menjadi pewangi dijalan Ilahi,
Menjadi cahaya penyeri diri.

Solat tiang seri, akhlak cermin peribadi,
Manisnya iman di dalam diri,
Bila Allah dekat di hati,
KasihNya sejati penyelamat hakiki.

Sahabatku sayang,

Engkaulah wanita solehah yang dinanti,
Cahayamu gah bak mentari pagi,
Kilauan indah, penyejuk hati,
Semoga teman soleh dicari,
Akan kau temui,
menjadi teman dijalan Ilahi.

Salam sayang kerana Al-Rahim,
Dari insan sahabat sejati,
semoga kita dirahmati Rabbi.



_from tieya with LOVE_


Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati..


Dengan nama Allah yang Maha Sempurna.

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada? Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu dengan pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, sehingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dibandingkan menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi jika dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.

Allah swt pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya iaitu hamil, melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Kerananya, yakinkah hati itu tidak terguris ketika melihat perkahwinan wanita lain yang muda darinya?

Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga dia menemukan kekasih hati? Dapatkan kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau tidakkan kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak wanita lain?

Letih.

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah teman sejiwa yang menunggu di sana.

Wahai saudari solehah sekalian,

Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja. Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta emas untuk membawamu ke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Taqarrub-lah kepada Allah swt. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya, curahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana? Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya.

Sabarlah saudaraku yang solehah,

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya? Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu. Allahu Maha Tahu.

Sumber: Buku bertajuk "Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri"



~from tieya with LOVE~



usah dikau berpaling


Sekiranya hatimu merasakan kesedihan yang teramat sangat...
Janganlah berpaling...!
ALLAH sentiasa bersedia mendengar rintihan hambaNya...
ALLAH tidak pernah zalim...
Tapi manusialah yang sering menzalimi...
Diri sendiri dan sesama mereka...

Apakah kamu tegar melempiaskan kesedihanmu, amarahmu...
Dengan memijak ranap runtuh binaan iman kamu...
Mencampakkan semua ilmumu...
Lantas menuruti kehendak nafsumu yang ditunggangi syaitan!
Sehingga kamu seolah-olah tidak pernah tahu...
Mana HALAL mana HARAM?!

Lupakah kamu kepada JANJI ALLAH...
Lupakah kamu dunia ini sementara cuma...
Dan kita pasti dihisab semuanya...
SEMUANYA!
Tanpa sedikitpun tersisakan..
Bawalah hatimu kepada Tuhan yang menciptakanmu..

Dia jauh lebih tahu daripada kamu...
Menangislah mengadu padaNya...
Merintihlah hanya padaNya, Rabb seluruh alam...
Pasti dan pasti hatimu akan menjadi tenang...
YAKINIlah wahai hamba Allah...
Kerana hanya kepadaNya, kamu akan kembali...


from tieya with LoVe~




up